2014-05-17

SIL KHANNAZ - DUA DEKAD KONSEPSI KEGILAAN


"Conception Of Madness" merupakan titik mula karier profesional SIL KHANNAZ setelah keluar dari kepompong demo-band; "Doctrine to Hell" Demo 1990 dan "Assassin Led By Blasphemy" Demo 1992. Berbekalkan "Conception Of Madness" inilah SIL KHANNAZ melonjakkan nama dan pengaruh mereka di persada seni muzik metal tempatan mahupun antarabangsa. Album itu adalah antara pemangkin revolusi muzik metal Malaysia dan tetap segar untuk didengari sehinggalah ke hari ini. Ia adalah album penuh sulung SIL KHANNAZ yang mana cetakan pertama/asalnya keluaran VALENTINE SOUND PRODUCTIONS (VSP) sekitar 1993.

Masa begitu cepat berlalu! "Conception Of Madness" hari ini telah mencapai usianya yang ke-20. "Conception Of Madness" tidak pernah dimamah tua malah kekal relevan dengan pesatnya perkembangan dunia metal semasa. Ia "konsepsi kegilaan" yang terus menggila dan digilai generasi metal kini dan mendatang! Ulangtahun ke-20 "Conception Of Madness" (1993-2013) disambut dengan rilisan semula bersejarah ini. Kali ini dinaiktaraf ke format Digipak CD serta tambahan beberapa lagu bonus yang pastinya menggamit kenangan penyokong lama perjalanan band Death Metal ini dan penyemarak keinginan generasi metal hari ini terdapat SIL KHANNAZ.


“Conception of Madness” edisi keluaran semula ini terhad kuantitinya kepada 500 unit sahaja dan diedarkan pada harga RM40 termasuk Poslaju. Hubungi pihak pengeluar NEBIULA PRODUCTION di e-mel nebiulaprod@gmail.com atau menerusi laman-laman facebook berkaitan, sebagaimana berikut:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...