2014-05-09

SIAL - BAKAL RILIS "MATI II" DEMO 2014 [VERSI KASET]


SIAL yang terlebih dahulu merilis Promo CD "Mati" pada awal April 2014 dijadualkan meneruskan hasil karya mereka berupa Demo berjudul "Mati II", kesinambungan kepada Promo "Mati" tersebut. "Mati II" Demo 2014 akan dikeluarkan dalam jumlah terhad 33 salinan sahaja berformatkan kaset oleh sebuah label dari Thailand iaitu ROOTS ACTIVE PRODUCTION. Demo ini mengandungi 5 buah lagu termasuklah sebuah saduran lagu asal Darkthrone serta tambahan sebuah trek intro, sepertimana senarai berikut:

01. Intro
02. Mati
03. Tangisan Gelap
04. Bunuh Diri
05. R.I.H
06. Transilvanian Hunger

Berbekalkan konsep Depressive Black Metal / Ambient, SIAL yang berpengkalan di Kuala Lumpur dianggotai oleh Nyawa (vokal) dan Misteri (instrumen). Menurut mereka, selain versi kaset yang dikeluarkan ROOTS ACTIVE PRODUCTION ini, Demo "Mati II" juga akan menyusul disediakan dalam format CD oleh SATANICA PRODUCTION, sebuah label dari New Zealand.


INFORMASI:

TERDAHULU:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...