SEJARAH
PADDLE TO THE METAL telah diasaskan oleh Ahmad Raimi bagi mengumpulkan peminat-peminat muzik heavy metal yang gemar pada sukan berbasikal. Grup Paddle To The Metal di laman sosial di facebook telah diaktifkan pada hujung April lalu untuk melihat maklumbalas dari peminat-peminat metal dari Malaysia, Singapura dan Thailand yang rata-rata teruja dengan group ini. Ia merupakan pertama seumpamanya di Asia Tenggara. Ahmad Raimi merupakan pemilik Faithcraft Studio di Kangar dan juga merupakan penyanyi/pemain gitar kumpulan heavy metal, AU REVOIR dan pemain drum kumpulan punk, WRECKÄR.
Matlamat penubuhannya adalah untuk meningkatkan kesedaran pentingnya gaya hidup sihat tidak kira siapa sahaja termasuklah peminat muzik rock dan heavy metal. Paddle To The Metal akan membuat kayuhan ke konsert-konsert dan gig-gig heavy metal dari titik permulaan yang dipersetuju oleh ahli-ahli disamping mengedarkan flyer-flyer mempromosikan dan menyokong sumbangan amal kepada rumah anak-anak yatim, orang papa dan warga emas yang terpilih.
Tercetusnya ilham untuk menubuhkan kumpulan Paddle To The Metal ini adalah dari aspirasi kumpulan HEAVY METAL TRUANTS dari United Kingdom yang ditubuhkan oleh Pengurus IRON MAIDEN, Rod Smallwood dan Editor majalah METAL HAMMER, Alexander Milas yang berjaya membuat siri-siri kayuhan amal setiap kali festival metal seperti DOWNLOAD FESTIVAL serta berjaya membantu dalam mengumpulkan dana-dana untuk rumah-rumah anak yatim dan kanak-kanak terabai di sana.
OBJEKTIF
Mencabar kekuatan mental dan fizikal dalam memberi impak kepada stigma masyarakat yang mendakwa peminat muzik metal hanya cenderung pada aktiviti yang merosakkan. Sebaliknya peminat heavy metal adalah golongan minoriti yang kuat, aktif, mempunyai jatidiri dan mempunyai idea yang lantang dalam apa yang diperjuangkan. Mereka juga boleh menyumbang dalam pembangunan sosial masyarakat setempat.
PERANCANGAN SULUNG
Paddle To Metal akan membuat kayuhan pertamanya dari Kangar ke Soundmaker, Penang bagi menyokong siri jelajah kumpulan heavy metal tersohor dari Bandung, Indonesia, JASAD. Kayuhan akan bermula jam 7.00 pagi pada 14/5/2014 sehari awal dari gig JASAD, Brutal In Malaysia Tour pada jam 8.30 malam di Soundmaker.
Untuk kali pertama ini, Rumah Anak Yatim dibawah Islah Perlis, iaitu TERATAK RAHMAT telah dipilih untuk dihebahkan. Sebanyak 100 flyers telah dicetak dan diletakkan no.akaun pengurusan Teratak Rahmat akan diedarkan pada setiap tempat yang menjadi persinggahan Paddle To The Metal.
Pihak Paddle To The Metal tidak menguruskan sebarang sumbangan wang, sebaliknya segala derma harus diberikan terus pada akaun rumah anak yatim tersebut.
INFORMASI:
Tiada ulasan:
Catat Ulasan