2014-05-02

BESTIAL HORDES - 10 YEARSATANNIVERSARY


Elit Black Thrash Sabah, BESTIAL HORDES menyambut 10 tahun penubuhan dan perjalanan karier mereka dengan pengeluaran khas t-shirt dan kaset kompilasi terhad 66 salinan sahaja! Pakej eksklusif ini dikeluarkan secara kerjasama oleh INCONSPIRACY RECORDS dan EVIL DEAD PRODUCTIONS. 


Anda yang berminat bolehlah mendapatkan "Sodomize The Nun" T-shirt dan Bestial compilation Casette Tape pada harga: RM60 edaran tangan (+ comp Tape) / RM70 pos berdaftar (+ comp Tape) / USD$35 (worldwide - PayPal). T-shirt adalah berkualiti Gildan Ultra Cotton, saiz S, M, L hingga XL samada hitam ataupun putih. Tempahan masih dibuka dan stok akan mula disediakan pada akhir Mei 2014.


Turut dimaklumkan, split 7" EP antara BESTIAL HORDES dan hero Blackened Thrash Metal Jepun SABBAT berjudul "Sabbatical Bestial Slaughter" akan mula dikeluar dan diedarkan secara rasmi pada 14 April 2014 oleh label Norway, APOCALYPTIC EMPIRE RECORDS. Info: apocalypticempire.com

BESTIAL HORDES juga dilaporkan bakal merilis album penuh pertama mereka tidak lama lagi di mana kerja-kerja rakaman telahpun selesai dijalankan di Hellvete Studio. 

INFORMASI:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...