2013-09-18

SUCCUBUS - DESCEND UNTO GEHENNA EP 2013


Susulan kepada sambutan dan kejayaan "Sadistic Rites of Evil" Demo 2012 yang dikeluarkan dalam pelbagai format; CD, Tape dan Vinyl, SUCCUBUS kini kembali merealisasikan material terbaharu mereka! Ianya sebuah EP bermuatan 5 buah lagu baru, berformatkan Pro-CD Digipak. Berjudul "Descend unto Gehenna", EP ini dikeluarkan oleh SLAUGHTERHOUSE RECORDS yang berpusat di Salt Lake City, Utah (USA).

Menurut Nafkhatul 'Incubus' Faza selaku vokalis band ini, setiap anggota kumpulan SUCCUBUS telah meletakkan usaha dan sepenuh tenaga dalam memastikan penghasilan yang bermutu dan menepati halatuju SUCCUBUS dari pelbagai aspek; komposisi muzikal, orientasi bunyi serta bahagian lirikal juga diberi penekanan. Malah pendekatan artwork yang digunapakai untuk hiasan kulit hadapan EP ini turut ditetapkan agar melengkapi misi dan visi SUCCUBUS secara menyeluruh. 


"Kami telah lakukan yang terbaik untuk Descend unto Gehenna. EP ini adalah gambaran evolusi muzik SUCCUBUS. Ianya melangkah lebih jauh ke hadapan berbanding demo Sadistic Rites of Evil. Kami bukan sahaja mahu memenuhi kehendak band kami sendiri serta memberi kepuasan maksima kepada pendengar tetapi kami juga mengusahakan keperluan mengangkat martabat Metal Malaysia pada tahap yang seharusnya, memiliki daya saing di mata dunia!", ungkap Nafkhatul Faza.

Berdasarkan promosi SLAUGHTERHOUSE RECORDS: "The darkest death thrash you'll ever hear, from the undisputed underground gods of the Malaysian scene, SUCCUBUS. Take anything early and raw from the likes of Kreator, Destruction and Sodom, and add a slight war metal sensibility, and you have the Succubus sound. Raw, primal, aggressive thrash from these wizards of war that is in your face and unrelenting. Get it now, or pretend you were there when this band is huge!"

"Descend unto Gehenna" adalah untuk penggemar dan penyokong irama old-school Death/Thrash metal. Jika anda meminati MERCILESS, EXMORTIS dan seumpamanya, usah berlengah untuk segera mendapatkan EP ini yang diedarkan pada harga RM20 (tambah RM6 untuk kos penghantaran) melalui Nafkhatul Faza (facebook) atau pembelian secara online di slaughterhouse.bigcartel.com. Bagi mempergiatkan lagi usaha promosi edaran EP ini, sebuah lagu Flame of 1,000 Years turut diperdengarkan: http://youtu.be/9z1LjRxAJMU


INFORMASI:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...