2013-09-26

KAMBING SAKTI - LIVE : SATAN'S APOCALYPSE


MTD PRODUCTION diberitakan merilis produk terbaharu mereka (MTD PROD 18) iaitu KAMBING SAKTI "Live : Satan's Apocalypse". Pro-CDR ini mengandungi 3 buah live track dan sebuah lagi lagu yang diambil dari Demo band tersebut. Kuantiti pengeluaran terhad kepada 44 salinan sahaja dan ianya dijual pada harga RM10. Senarai lagu adalah seperti berikut:

TRACKLIST:
01. Kambing Sakti
02. In The Name Ov Lucifer
03. Demoniacal Possession**
04. Rotten In Hell

KAMBING SAKTI adalah band Melodic Black Metal berasal dari Pending, Kuching, Sarawak. Ditubuhkan pada awal 2009, band ini dianggotai oleh Usop Black (vokal), Kenny Roman (gitar utama), Harzel (gitar kedua), Brian Miller (bass) dan DeDark Jeremy (dram). Rilisan mereka sebelum ini adalah "Rotten in Hell" Demo 2011 dan "Eastern Hell Fire" 4-way split bersama Keruntuk, Ajal dan Antaboga. Muzik KAMBING SAKTI dipengaruhi band-band seperti Cradle Of Filth, Dimmu Borgir, Dark Funeral dan Behexen.

Barangsiapa berminat untuk mendapatkan rilisan KAMBING SAKTI "Live : Satan's Apocalypse" ini, sila hubungi mtd_prod666@yahoo.com atau 017-3204301 (Yunus Azinzan).

INFORMASI:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...