2013-09-08

DETHREVAWAR - NO WAR & POLITICAL-NEGATIVE DEMO CD & T-SHIRT


Band berkonsepkan Experimental/Melodic Death Metal dari Kulai, Johor iaitu DETHREVAWAR baru sahaja meriliskan material mereka sebuah Demo CD berjudul "No War & Political-Negative". Bersempena dengan rilisan demo ini juga turut dikeluarkan t-shirt rasmi tertulis di belakangnya 'Freedom Without Barriers'. 

DETHREVAWAR dikatakan cuba melontarkan satu perasaan baru dalam muzik Death Metal bawaan mereka yang terdiri daripada Nowar (gitar), Revazakh Ery (gitar), Sky (bass), Zhan (vokal) dan Deth (dram/vokal). Band seperti Deicide, Amon Amarth, Soulfly, Absu, Sepultura dan King Diamond adalah inspirasi dalam muzikal mereka. 

DEMO CD dan T-SHIRT diedarkan pada harga RM35 (Semenanjung Malaysia) atau RM40 (Sabah/Sarawak). Harga yang ditawarkan telah termasuk kos penghantaran. Material ini juga boleh diperolehi di HEAVY METAL AREA SHOP.


0127301975 - NOWAR
0127638916 - DETH
0177613166 - REVAZAKH ERY

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...