2013-09-09

NONSERVIAM - UMUMKAN HIASAN HADAPAN & SENARAI LAGU ALBUM PERTAMA

Sebagaimana yang telah diberitakan sebelum ini, NONSERVIAM telah hampir selesai proses rakaman untuk penerbitan album pertama mereka yang berjudul "A Spectral Ascension". Menurut Leon (vokal), pada penghujung Julai lepas NONSERVIAM telah selesai melengkapkan bahagian-bahagian dram, gitar (utama & ritma) serta kibod manakala sekitar bulan Ogos telah disempurnakan proses memasukkan bahagian bass dan juga vokal.


NONSERVIAM pada masa yang sama juga telah mengumumkan artwork yang bakal dijadikan hiasan kulit depan album tersebut. Kerja seni ini telah dilakukan sendiri oleh ahli dalam NONSERVIAM. Ianya direka oleh Payden (kibod/synth) dan dibantu oleh Zeon (bass). Turut didedahkan, "A Spectral Ascension" bakal menghidangkan sebanyak 10 buah lagu, sebagaimana senarai berikut: 

01. A Spectral Ascension
02. Portrait Of Despair
03. I Am Eternal
04. Martyrized
05. Amongst The Scorned
06. Shrouds Of Irreverence
07. Faith Devoided
08. Insidious Nihilistic Regimental Indoctrination
09. Dreamscape : Desolation
10. Dystopia


NONSERVIAM yang berkonsepkan Melodic Death Metal dari Pulau Pinang ini juga telah menjalani sesi fotografi pada awal September 2013 untuk tujuan penerbitan album "A Spectral Ascension" yang bakal dikeluarkan sedikit masa lagi. 

INFORMASI LANJUT:

BERITA TERDAHULU:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...