2013-09-02

RAZED - FOREVER VENUS EP 2013


RAZED adalah sebuah unit 4 pemuzik generasi baru dengan muzikal Melodic / Groove Metal sebagai wadah perjuangan mereka! Dianggotai oleh Raz (gitar), Danial (bass), Aidil (dram) dan Gurdave (vokal), RAZED pada 25 Julai 2013 telah mengeluarkan sebuah EP memuatkan sejumlah 7 buah lagu, sebagaimana berikut:

1. Dilecta Spíritum(instrumental) - 2:57
2. Silver Kiss - 4:36
3. Rise From Fear - 3:54
4. Fairytales Kill Elves - 4:01
5. Imagination's Pigmentation - 5:33
6. Project N.O.L.S - 4:27
7. The Face Of Bliss - 4:30

"Kami cukup berbangga dengan rilisan kami EP 2013 Forever Venus. Setiap ahli telah memberikan sepenuhnya usaha dan tenaga untuk merealisasikan EP ini. Tujuh buah lagu yang terkandung dalam EP ini adalah satu penyataan yang cukup jelas dalam mendefinasikan pendekatan muzikal Razed. Setiap lagu yang diketengahkan memiliki bunyi dan karakternya yang tersendiri; terjemahan kepada kerja-kerja gitar Raz, paluan dram Aidil, lontaran vokal dan lirikal Dave serta petikan bass Danial. Setiap lagu dipenuhi pendekatan teknikal dijalin sebaik mungkin dalam teras groove dan melodik ciptaan kami! Forever Venus dirancang untuk memenuhi penggemar pelbagai genre muzik Metal. Cara terbaik untuk menyokong perjuangan Razed adalah dengan membeli EP ini", kata Raz Azraai selaku penerbit EP, penulis lagu dan pemain gitar dalam kumpulan ini.


Menurut sumber Razed, EP ini terlebih dahulu dilancar dan diedar secara digital melalui laman bandcamp mereka. "Forever Venus" bakal dikeluarkan dalam format fizikal CD tidak lama lagi berserta barangan (merchandise) lain juga akan diumumkan beberapa siri liveshow yang kini sedang dalam perangkaan. 

INFORMASI:
http://www.facebook.com/razedofficial
http://www.youtube.com/razedofficial
http://www.twitter.com/razedofficial
http://razedmusic.bandcamp.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...