2013-09-05

LAVATORY - SENILUKIS KULIT ALBUM & SENARAI LAGU DIDEDAHKAN!


Sebagaimana dilaporkan oleh PULVERISED RECORDS (Singapura), skuad Death Metal Kuala Lumpur LAVATORY telahpun mendedahkan senilukis kulit album berserta senarai lagu untuk album penuh pertama band ini yang bakal diriliskan tidak lama lagi, berjudul "Morbid Terror". 


Senilukis yang dipilih sebagai hiasan hadapan album "Morbid Terror" telah dihasilkan oleh seorang artis berbangsa Sweden iaitu Daniel 'Devilsh' Johnsson (Entrails, Sorcery, Torture Division, dan sebagainya) manakala senarai akhir lagu-lagu yang bakal dimuatkan adalah seperti berikut:

01. Intro (Absorption)
02. Descent Into Madness
03. Death Is Imminent
04. Thousand Roads To Hell
05. Morbid Terror
06. Restless Souls
07. Miserable Life
08. Mask Of Malevolence
09. Summoning In Dun Laoghaire
10. To The End Of The World


LAVATORY terdiri daripada Muntah Darah (vokal), Jahanam (gitar), Musibath (bass) dan AD (dram). Terdahulu, sekitar Jun 2012 mereka pernah merilis sebuah EP berjudul "Transgression" di bawah Slaughterhouse Records dan EP dengan kandungan 5 buah lagu tersebut telah mendapat respon yang amat menggalakkan. 

INFORMASI:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...