2013-09-26

MALAPETAKA - 2013 DEMO


MALAPETAKA dari Kuala Lumpur yang mahu dikenali dengan genera Nusantara Death Thrash Metal melancarkan pengedaran cetakan kedua Demo CD mereka "2013 Demo" di mana kali ini ianya disediakan dalam format digipak. Turut disertakan helaian lirik dan diberi sticker percuma! 5 lagu yang dimuatkan dalam "2013 Demo" ini adalah seperti senarai berikut:

1. Purity in Calamity
2. Malapetaka
3. Man Made Prophecy
4. Death Desensitized
5. Kejahilan Minda

MALAPETAKA ditunjangi oleh Boon (vokal), Ashok (gitar), Alias (bass) dan Naji (dram). Death/Thrash Metal galasan band ini dikatakan berada di bawah pengaruh Slayer, Metallica, Kreator, Terrorizer, Napalm Death, Death, Cannibal Corpse dan juga Cromok. 

"2013 Demo" mula dijual pada harga RM15 (tambah RM5 untuk kos penghantaran). Wakil penjual yang berminat untuk turut sama mengedar rilisan ini akan ditawarkan diskaun / harga pukal istimewa. Hubungi emel: malapetaka.kl@gmail.com atau talian: 016-6784722 (Ashok).

INFORMASI

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...