2013-09-17

HELLSTAGE DIBATALKAN

HELLSTAGE yang dijadualkan berlangsung pada 11 November 2013 di Dewan Chin Woo, Kuala Lumpur terpaksa DIBATALKAN oleh pihak penganjurnya BILIK ANGKER METALTAINMENT atas sebab kegagalan mendapatkan permit. Gig ini telah dirancang sekian lama dan bakal menampilkan persembahan dari band-band seperti TORTURE SQUAD (Brazil), HUMILIATION, DAMOKIS, EPHEMERAL, ATOMICDEATH, KUKUBESI, LAVATORY, HARD ROD RENEGADE dan GORESLUTS. Berikut adalah kenyataan rasmi berkaitan PEMBATALAN gig tersebut:

"Kepada semua yang terlibat, saya mewakili team Bilik Angker Metaltainment dengan dukacitanya mengumumkan event HELLSTAGE terpaksa kami batalkan, ini kerana permit yang kami mohon tidak diluluskan oleh pihak yang berkenaan. Kami sudah mencuba yang terbaik untuk dapatkan permit tetapi tetap gagal. Mohon jutaan kemaafan kepada semua band-band yang terlibat dari saya selaku wakil Bilik Angker Metaltainment" - Abdul Aziz 

BERITA BERKAITAN:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...