2013-09-04

WYNKEN DELIRIUM - OFFICIAL MUSIC VIDEO


Wynken Delirium, sebuah unit berpaksikan Sludge/Doom/Nusantara Metal dari Johor Bahru, Johor telah mengabadikan beberapa buah lagu mereka melalui tayangan Official Music Video yang dimuat-naik dan boleh ditonton di laman YouTube.com. EKSTRIM dengan ini menyiarkan video-video tersebut bersama deskripsi yang ditulis oleh saudara Zaihas Amrizad Hasfar (gitar). Saksikanlah...

JINGLING NONA
Dimuat-naik pada 27/11/2009

[1] Jingling Nona - music video kami yang pertama, sepenuhnya dibuat sendiri dengan menggunakan dan menggabungkan apa yang ada; 2 video camera DVD, 2 model yang merupakan rakan-rakan, video live shows yang sudah direkod, dan lokasi penggambaran di sekitar Johor Bahru. Storyline tidak ada, hanya berdasarkan sedikit idea asal mengenai "Nona Nona yang Berjingling" yang semestinya wanita- it was a music video for fun.

I DON'T KNOW WHY YOU LIKE ME BUT IT'S ALL RIGHT
Dimuat-naik pada 17/02/2013

[2] I Don't Know Why You Like Me But It's All Right - video muzik kami yang terbaru sebenarnya. Menggunakan footage video interview Wynken Delirium di Village Roof Studio, Petaling Jaya, sempena opening kami untuk Arch Enemy April tahun 2012 yang lalu. Kerana banyak sekali video bahan interview tersebut, kami jadikan ia video muzik hehehehe. Memaparkan betapa kekoknya kami apabila diwawancara secara live, memang sesuai sekali dengan tajuk lagu ini.

GROWE
Dimuat-naik pada 18/10/2012

[3] Growe - muzik video kami yang kedua selepas Jingling Nona. Dihasilkan orang Kevyn Leong berdasarkan live show kami opening untuk Arch Enemy dan digabungkan dengan beberapa video lama. Kami berikan kebebasan penuh untuk Kevyn Leong menginterpretasi video tersebut mengikut apa yang dia rasa apabila dia mendengar lagu Growe- hasilnya Alhamdulillah amat menarik!

VERY ABLE TROOPERS
Dimuat-naik pada 16/02/2013

[4] Very Able Troopers - muzik video kami ini berdasarkan live footage kami di Surabaya dan Temanggung, Indonesia pada February 2013. Juga berdasarkan live feel kami di atas stage.

Selain daripada 4 video muzik ini, kami dalam proses bekerja dengan beberapa pelajar LimKokWing University of Multimedia untuk menghasilkan beberapa lagi video muzik yang lebih profesional untuk 2 lagi lagu kami daripada album "Opinions"- Operation Ginger dan Please Sign Up. InsyaAllah akan siap hujung tahun 2013 atau awal 2014.

DESKRIPSI OLEH: ZAIHAS AMRIZAD HASFAR

INFORMASI:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...