2013-09-09

EPISOD - "MENANTI KEBANGKITAN" EP 2013


Kolaborasi BLOODY BAT PRODUCTION dan EMPAYAR DISTRO & PRODUCTION telah terhasil produksi "Menanti Kebangkitan" EP 2013 dari kugiran bercorak Eastern Melodic Death Metal bergelar EPISOD. EP ini diriliskan pada kuantiti terhad 50 salinan sahaja dan diedar pada harga cuma RM15. Terdapat 6 buah lagu dalam rilisan ini, sebagaimana berikut:

01. Bisikan Akhir
02. Janji
03. Koma
04. Landasan Hidup
05. Menanti Kebangkitan
06. Nyata Gila

EPISOD adalah sebuah kugiran yang berasal dari Shah Alam, Selangor mula ditubuhkan pada 2007 yang dianggotai oleh Sifu (vokal/gitar/bass) dan Lan (dram). Eastern Melodic Death Metal adalah muzik yang diolah mereka di mana lagu lebih kepada ketimuran dan kesemua lagu menggunakan bahasa ibunda sendiri iaitu Bahasa Melayu. Hubungi EPISOD di: hasramazir@gmail.com


Pra-dengar untuk sebuah lagu bertajuk 'Janji' telahpun diletakkan di laman YouTube: http://youtu.be/Kfz2u94oJXY. Sekiranya berminat untuk mendapatkan EP "Menanti Kebangkitan" ini, sila hubungi:

BLOODY BAT PRODUCTION
bloodybatproduction@gmail.com
www.facebook.com/BLOODYBATPROD

EMPAYAR DISTRO & PRODUCTION
www.facebook.com/ar.azhar.75

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...