2014-10-23

DAMAQ - "Nafs..." AKHIRNYA DIKELUARKAN!


23 Oktober 2014 pasti tercatat sebagai detik paling bersejarah dalam karier DAMAQ apabila tarikh ini dipilih sebagai hari rasmi rilisnya album penuh sulung dari band Symphonic Black/Dark Metal asal Kedah Darul Aman ini. "Nafs..." dijadikan judul album bermuatan 9 buah lagu dikeluarkan dalam format Pro-CD kemasan Digipak 3-panel. 

Senarai-Lagu:
01. Hevn
02. Tears of Need
03. Coming for Revenge
04. Consecration in Resurrection
05. Ylham
06. Nafs
07. Onursuz Asil
08. Beware of the Last (Just Another Sin)
09. I'm the One with The Old Name


"Nafs..." dirilis melalui label NORTHERN ASTRUM PRODUCTION. Album ini sudah pasti menamatkan kemarau rindu peminat dan penyokong DAMAQ yang telah kian lama menanti rilisan baru band ini setelah hanya keluar dengan satu-satunya demotape mereka "Whisper of the Night Winds" sekitar 1998. 


Bagi yang mahu segera mendapatkan album CD ini, "Nafs..." diedarkan pada harga (telah termasuk kos pengeposan) cuma RM35 (Semenanjung) atau RM40 (Sabah & Sarawak). Hubungi e-mel damaqnafs@gmail.com atau lebih mudah berkomunikasi di laman facebook DAMAQ untuk urusan pembelian, harga borong (khas buat wakil pengedar) atau lain-lain hal. 

INFORMASI:

BERKAITAN:

1 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...