2014-04-03

SIAL - "MATI" PROMO 2014


SIAL muncul tanpa diduga dari buana kegelapan dan percubaan mereka adalah Depressive Black Metal. Terdiri daripada Nyawa (vokal) dan Misteri (gitar), material pertama mereka atas nama "Mati" Promo 2014 direalisasikan secara kolaborasi dua label underground tempatan; MTD Production dan Produksi Purnama. 


SIAL melalui "Mati" memperdengarkan 3 trek ciptaan mereka, iaitu:

1. Intro – 1:48
2. Mati – 3:05
3. Tangisan Gelap – 3:08

SIAL "Mati" Promo 2014 dicetak terhad kepada 15 salinan sahaja dan diedar pada harga semurah RM5 sesalinan. Pihak label pengeluar juga mengalu-alukan sebarang pertukaran barangan kepada sesiapa yang berminat. 


Turut dimaklumkan, sebuah rilisan Demo dengan beberapa penambahan lagu baru berada dalam perancangan SIAL untuk dikeluarkan oleh Satanica Productions (New Zealand) dan yang pasti mereka juga dijangka tampil dengan satu projek split bersama NECROSADIK bakal dirilis oleh Drop Of Blood (band dan label dari Mexico). 

INFORMASI:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...