Pada tanggal 7 November 2013 berita band Heavy Metal Malaysia iaitu Nuclear Strikes tersebar di blog-blog dan laman sesawang di seluruh dunia tentang penarikan diri ahli wanitanya iaitu vokalis Steel Ladyana. Kejadian itu berlaku hanya selepas beberapa minggu Nuclear Strikes melancarkan fan club di Indonesia dan Singapura. Segala rakaman single 2.0.1.3 yang dijangkakan akan diedarkan di Malaysia juga tidak dapat dikeluarkan ekoran penarikan diri Steel Ladyana ini.
Pada tanggal 20 Disember 2012 tempat vokalis wanita digantikan oleh Tasya Blade seorang Lady Rockers/Model yang bergerak secara bebas di Malaysia sebelum ini. Selepas menandatangani kontrak bersama Madratts Production, Tasya Blade secara rasminya menjadi vocalist Nuclear Strikes. Berita mengenai pengambilan Tasya Blade sebagai vokalis Nuclear Strikes tersebar di beberapa blog/website metal di Eropah termasuk Jepun.
Nuclear Strikes sebelum ini telahpun menandatangani kolaborasi bersama syarikat rakaman Defox Records di Itali. Mereka kini sedang di dalam studio untuk merakamkan album penuh di dalam Bahasa Melayu, akan dinyanyikan oleh Tasya Blade. Album ini akan diedarkan di Indonesia pada tahun 2014 ini di mana akan dikeluarkan oleh sebuah label Records Independent di Indonesia. Selepas dikeluarkan di Indonesia album ini akan menemui peminat di Malaysia pula. "Ini adalah sebuah album istimewa untuk pengemar muzik Heavy Metal di nusantara melayu ini", ujar ahli Nuclear Strikes.
Tasya Blade kini sudah memulakan persembahan pertamanya bersama Nuclear Strikes, di Kuala Lumpur Bike Week 2013, membawakan lagu baru Nuclear Strikes di dalam Bahasa melayu yang bertajuk Godaan..
INFORMASI:
SUMBER BERITA: REX STRIKE
Tiada ulasan:
Catat Ulasan