2014-01-15

AU REVOIR - "MYSTIKULT" DALAM PEMBIKINAN


Tahun 2014. AU REVOIR kini telah genap 1 dekad menghantui pergerakan muzik bawah tanah di Utara Malaysia. AU REVOIR telah lalui segala macam perubahan ahli, berpindah ke berbagai lokasi dan bereksperimen dengan bermacam-macam sub-genre metal yang akhirnya mereka digelar oleh jurnalis sebagai kumpulan 'Avant-Garde Metal' yang berdiri keseorangan di Malaysia ini. 

AU REVOIR ketika ini sedang berkerja keras untuk menyiapkan sebuah album baru sempena ulangtahun ini. Apa yang boleh mereka tafsirkan di sini sebagai hasil yang terbaik. Ia merumus segala perihal yang mereka imani di dalam hati selama ini. Ia sebuah monumen terhadap ketaksuban mereka kepada hal ghaib, kuasa gelap, penyakit jiwa, penyakit hati dan pembunuhan. 

Bersiap sedialah untuk album terbaru berjudul "Mystikult" yang akan memuatkan 9 lagu termasuk 3 lagu dalam bahasa ibunda. Ia akan diterbitkan dalam format kaset dalam jumlah yang terhad. 


INFORMASI:

2 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...