2014-01-24

TRIVIA: FARASU - VOKALIS

Foto: Anggota asal FARASU (9 Mac 2003). Dari kiri: Nahax, Mus, Bull & Kotam

1. KOTAM (2002-2005) & (2006-2007)
Beliau merupakan bekas vokalis Iron Storm (2000-2002) yang kemudiannya menyertai Farasu. Kotam menjadi tarikan kepada crowd kerana aksi lasak dan aktif semasa di pentas. Jika ada 'music metal award' di negara ini, beliau akan merangkul anugerah 'most hyperactive vocal on stage'! Pertengahan tahun 2007, beliau bersama beberapa bekas anggota Farasu telah menubuhkan sebuah band, Cassarah.

2. ARM (2007-2011)
Arm menjadi vokalis Farasu pada penghujung tahun 2007 menggantikan Kotam. Beliau juga merupakan pemain bass dan vokal sebuah band deathmetal dari Nilai iaitu Hinazia. Arm sempat merakamkan suara dalam album pertama Farasu, Menongkah Arus pada 2009 sebelum mengundur diri pada tahun 2011 atas sebab komitmen bersama band lain.

3. SHAH ZAINI (2011-kini)
Shah Zaini merupakan bekas Dj radio Bapakku FM menyertai Farasu pada penghujung 2011. Antara vokalis Farasu yang kreatif dan mempunyai 'attitude' tersendiri ketika persembahan.

INFORMASI

TEKS & FOTO: FIDAIYYIN AL FARASU

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...