2014-01-22

ARKHAYTULMAYT - "CHANT OF ARCHAIC TOMBS" EP 2007


ARKHAYTULMAYT diangkat sebagai sebuah band lagenda Death Metal dari Shah Alam, Selangor. Ditubuhkan pada 1998, mereka merilis demo pertama "Evening Flight" (Demo 1999) di mana line-up ketika itu terdiri daripada Waxs Witchell (vokal), Jai Zaffeerun (gitar), Gorgomieth (gitar), One Nakarazakth (bass) dan Kerry Arkhaytul (dram).

Tercatat di metal-archives.com ARKHAYTULMAYT merilis "Hell Hordes of Darkness" (Demo 2002) namun status rilisan ini agak diragui. Pada tahun tersebut juga (2002), Waxs Witchell dan Gorgomieth membawa haluan menubuhkan DEMONICAL CRISIS ASSEMBLY, band berkonsepkan War Black/Death Metal. ARKHAYTULMAYT menyepi tanpa berita!

Terkini, ARKHAYTULMAYT tiba-tiba muncul menghebahkan pengeluaran sebuah rilisan yang tidak pernah dikeluarkan sebelum ini. Ia secara rasmi merupakan material kedua band ini, himpunan 4 buah lagu yang dirakam sekitar tahun 2007. Pengeluaran "Chant Of Archaic Tombs" EP bakal direalisasikan pada penghujung Januari 2014. 

ARKHAYTULMAYT - Chant Of Archaic Tombs (EP 2007) akan dicetak terhad kepada 150 unit (handnumbered) sahaja! Harga: RM10 (edaran tangan) / RM15 (melalui pos). Hubungi Kommander Waxs - www.facebook.com/osmantikos666 - untuk mendapatkan maklumat lanjut berkaitan rilisan ini. Bertindak segera atau anda terlewat!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...