2013-12-02

ARGON - KEMBALI DENGAN PERENCANAAN BARU


Berpengkalan di Johor Bahru, ARGON telah ditubuhkan pada tahun 1999. Di peringkat awal, muzik mereka cenderung ke arah Grind/Death/Punk dan sempat mengeluarkan "Humanity That Gone" Tape EP (1999) dan sebuah Split CD bersama Damokis (2001) kedua-duanya melalui Broken Noise Records. Sekitar 2003-2005 ARGON aktif bermain di pentas gig dengan perubahan halatuju muzikal di landasan Brutal Death Grind namun tiada rilisan pada tempoh ini. Setelah sekian lama mendiamkan diri, 2013 menyaksikan ARGON kembali mewarnai scene tanahair dengan beberapa keanggotaan baru, perancangan Promo 2014 dan sebagainya. EKSTRIM berkesempatan menghubungi saudara Prop, pemain gitar dan anggota asal ARGON menanyakan kedudukan semasa band ini.

ARGON kembali selepas hampir 9 tahun hibernasi. Apa yang mendorong reformasi ARGON?
Argon kembali atas dasar melihat rakan-rakan yang lain dalam scene yang masih aktif atau kembali aktif. Rancangan untuk menghidupkan kembali Argon memang senantiasa di kotak fikiran cuma masalah untuk mendapatkan pemain dram adalah masalah terbesar kami. Drummer asal tidak mendapat izin dari isterinya. Seperkara lagi Argon juga ingin melihat scene deathXgrind terus mekar di bumi Johor.


Konsep muzik dikatakan sedikit berubah. Bagaimana bentuk muzik ARGON sekarang dan apa bezanya dengan yang terdahulu?
Ya muzik Argon sebenarnya sudah mula berubah pada tahun 2003. Selepas 2003 muzik Argon sudah ke arah brutaldeathgrind, cuma sayangnya kami tidak sempat merakam material di bawah konsep ini. Pada yang perasan sekitar 2003-2005 Argon aktif melakukan persembahan dengan lagu-lagu yang berkonsepkan brutaldeathgrind. Konsep Argon sebelumnya adalah campuran antara grindcore/death/punk.

Siapa personil-personil yang berada dalam ARGON sekarang? 
Jake Corpse (vokal) - (Unveiled/Sickness)
Prop (gitar) - original line up
Rahim (bass) - original line up
Bagong (gitar) - (ex Anguish)
Fad (dram) - (Unveiled/Sickness)


ARGON merancang merilis Promo 2014 dengan dua buah lagu; Slaughter Butcher dan Eternally Damned. Ceritakan serba sedikit berkenaan promo ini? 
Promo ini dibuat sebagai tanda yang Argon sudah kembali dan promo ini juga akan dijadikan sebagai benchmark kepada pencarian line up tetap untuk posisi vokal dan drummer. Buat pengetahuan anda Jake Corpse dan Fad adalah sessionist di dalam Argon buat sementara waktu, sehingga kami menjumpai line up yang tetap.

Selain Promo 2014 ini, apakah perancangan-perancangan terbesar yang berada dalam perencanaan ARGON?
Selain promo 2014 ini, Argon ingin mendapatkan line up tetap untuk posisi vokal dan drummer. Kami sudah ada beberapa calon yang akan diaudisikan terlebih dahulu. Sudah tentu Argon ingin merakamkan full-length album setelah mendapatkan line up tetap. Pada yang ingin menyertai audition Argon boleh hubungi kami dengan segera.

INFORMASI:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...