2014-01-16

KARAMAH - T-SHIRT KELUARAN PERTAMA


KARAMAH dengan kerjasama OLDGOATCORPSE PRODUCTIONS selaku pencetak dan pengeluar yang dilantik telah mengeluarkan t-shirt pertama mereka, secara eksklusif terhad kepada 40 helai sahaja! Saiz yang disediakan adalah S, M, L, XL dan XXL. Menurut pihak label, sambutan yang diperolehi amat menggalakkan, tempahan dibuka hanya sehingga 5 Januari 2014 yang lalu dan pesanan-pesanan yang telah diterima mula dipos pada 16/1/2014.


Rekaan t-shirt sulung KARAMAH ini agak ringkas tetapi menarik, dengan konsep hijau sebagai tema warnanya. Di bahagian hadapan tertera logo band serta sebilah pedang, seolah-olah menggambarkan jihad atau intifada muzik KARAMAH itu sendiri manakala di belakangnya tercatat slogan IN METAL WE BLAST, IN ISLAM WE TRUST secara langsung memaksudkan perjuangan sebenar KARAMAH.

Rugi kiranya anda terlepas memiliki t-shirt ini. Kemukakan rayuan anda, manalah tahu anda masih bernasib baik dan berkesempatan.

SEBARANG PERTANYAAN:

2 ulasan:

  1. Ada lagi tak tshirt ni utk size xxl??kalu ade tolong pm sy dlm fb razaq hafez .... tq

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saudara boleh hubungi samada atau kedua2nya fb berikut:
      www.facebook.com/oldgoatcorpse.prods
      www.facebook.com/pages/Karamah-bandpage/313410758753100

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...