2014-01-23

KARAMAH - "YANG DILAKNATI" T-SHIRT


KARAMAH diberitakan bakal mengeluarkan semula MCD "Huraisy" melalui label LUDAH PRODUCTION. Edisi Indonesia ini yang dijangka rilis pada Februari 2014 bukan sahaja tampil dengan cover dan inlay yang baru tetapi juga akan dimuatkan sebuah lagu ekstra. Dalam pada menanti rilisan ini, KARAMAH melalui kerjasama MURDER MERCHANDISE mengeluarkan t-shirt "Yang Dilaknati", mengambil sempena judul lagu trek ke-4 dalam album mini "Huraisy".

Bahagian hadapan tertera gambaran peperangan, sedikit-sebanyak menggambarkan perjuangan muzikal dan lirikal KARAMAH. Di belakang t-shirt pula tercetak judul kesemua 4 buah lagu dalam "Huraisy" versi asal keluaran MARINERS MUSIC.


T-shirt KARAMAH "Yang Dilaknati" adalah keluaran eksklusif dan terhad dari MURDER MERCHANDISE. Tempahan mula dibuka sekarang! Tag: 100% cotton 190 gsm. Saiz yang disediakan dari S hingga XXL. Harga termasuk penghantaran pos: RM50 (Semenanjung) / RM60 (Sabah/Sarawak). Sekiranya berminat untuk mendapatkan t-shirt yang menarik ini, sila hubungi:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...