2014-01-20

SUFFERCATION - PENGUMUMAN AWAL 2014

Sejurus tampil selaku teraju utama dalam BLAST FROM THE PAST yang berlangsung pada 5 Januari 2014 di Black Box Publika Solaris, Kuala Lumpur, SUFFERCATION telah membuat beberapa pengumuman penting di awal tahun 2014 ini.

Foto Ihsan: Mohammad Shahrul

Pertama, Jeff Illias secara rasminya telah keluar meninggalkan SUFFERCATION atas sebab komitmen terhadap keluarganya. Tempat Jeff Illias akan diganti oleh saudara Ijall, vokalis yang bukannya asing kepada SUFFERCATION. 

Kedua, kemasukan semula Ijall di posisi vokal melengkapkan barisan pemuzik SUFFERCATION 2014, di mana turut dianggotai oleh Adly Razak (dram), Rob Razak (gitar), Loli (gitar), Matt (bass) dan Kamal (gitar). Kedudukan Loli, Kamal dan Matt masing-masing akan saling berganti dan mengisi, bergantung kepada situasi. 

Ketiga, SUFFERCATION mengumumkan bakal merilis semula album kedua mereka "Cryptic Existence" dengan penambahan dua buah lagu baru dalam format CD. Selain hiasan kulit yang baharu, kualiti bunyi material asal juga akan diberi penambahbaikan. Dijenamakan semula sebagai "Ancient Visions Disappear.. Then Rise.. Cryptic Existence..", album ini dijangka berada di pasaran pada Mac 2014 nanti melalui terbitan/edaran IGM (Inter Global Music Malaysia).

INFORMASI:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...