2014-01-21

AL AZAZHIL - KARAK PUAKARH EP 2014


AL AZAZHIL - Eastern Black Metal dari Kuala Lipis, Pahang - meraikan ulangtahun ke-10 penubuhan dan pergerakan mereka di persada metal underground dengan pengeluaran sebuah EP berformatkan CD berjudul "Karak Puakarh". EP ini mengetengahkan 4 buah lagu serta sebuah outro sepertimana senarai berikut:

01. Thy Greatness
02. Karak Puakarh
03. Ritual ov Pawang Bongok
04. Moonlight Lady of Bentong
05. Outro


Menurut sumber, semua trek yang terkandung dalam EP ini dirakam pada sekitar Julai 2012 hingga Disember 2013 di Wakaf Studio kecuali dram di Zmin Studio, Jerantut. Ahli AL AZAZHIL yang terlibat dalam rakaman terdiri daripada The Deathness (vokal/bass), Syaf Azazhil (gitar/kibod) dan Dharakhdhara (dram).

Produksi "Karak Puakarh" ini dilaksana melalui kolaborasi WAKAF PRODUCTION [Kat#: WKP666-010] dan MTD PRODUCTION [Kat#: MTDPROD24] pada kuantiti terhad 100 unit salinan sahaja dan dipasarkan pada harga RM15 seunit.

INFORMASI:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...