2013-09-20

METAL RECORDS - LOGO BARU, LAMAN SESAWANG & RADIO RASMI


METAL RECORDS yang merupakan divisi ataupun anak syarikat kepada MADRATTS PRODUCTION mengorak langkah lagi! Seiringan dengan misi dan visi mereka untuk bergerak dan bertindak lebih profesional dalam menaikkan darjat dan martabat muzik metal tempatan ke peringkat dunia, terutamanya di benua Eropah, METAL RECORDS telah membuat beberapa penambahbaikan; merangkumi penggunaan logo rasmi yang baharu, pengujudan laman sesawang (website) serta mengadakan kerjasama dengan radio online ROCKAMANIA sebagai rakan penyiaran.


LOGO RASMI METAL RECORDS
Sebagaimana imej tertera di atas, logo baru Metal Records ini mula digunapakai secara rasmi berkuatkuasa 15 September 2013 menggantikan logo (sementara) terdahulu. Logo yang tampak lebih sesuai dengan nama label itu sendiri serta slogan "Kiss The Steel, Feel The Metal" akan ditampilkan pada setiap produksi dan rilisan-rilisan mendatang dari Metal Records! 

LAMAN SESAWANG (WEBSITE)
Sekiranya sebelum ini Metal Records hanya bersandarkan kepada madrattstheboss.blogspot.com sebagai saluran informasi aktiviti dan produksi mereka, kini satu website rasmi yang lebih lengkap untuk mewakili eksistensi dan objektif Metal Records secara menyeluruh telahpun diujudkan dan mula berfungsi di URL metalrecords.webs.com. Layari laman tersebut yang turut meletakkan ruangan forum selain maklumat rilisan dan distribusi produksi. Komunikasi Metal Records adalah seperti berikut:



ROCKAMANIA RADIO RASMI
Bertarikh 19 September 2013, Metal Records telah melancarkan kerjasama bersama ROCKAMANIA sebagai Rakan Radio Rasmi mereka di mana dengan kolaborasi ini, radio online tersebut akan mengudarakan lagu-lagu dari produksi Metal Records. Rockamania FM adalah radio online Heavy Metal pertama di Malaysia beroperasi 24 jam tanpa henti menyiarkan pelbagai genera muzik metal. Untuk menjadi pendengar Rockamania FM, sila ke laman blogspot dan facebook berikut:


Menurut pemilik Metal Records, label ini memikul tanggungjawab yang besar untuk membawa beberapa band metal tempatan yang berbakat dan berkualiti ke peringkat lebih tinggi dengan pasaran di Eropah lanjutan kerjasama mereka bersama beberapa label dari sana seperti Defox Records, Heart Of Steel Records, Invicibel Records, Bubble Blood Records, Eur Records dan beberapa lagi. Selain NUCLEAR STRIKES, band-band seperti BLACKSEED, ORION dan TRIUMPH OV FIRE berada dalam radar Metal Records. 

LAYARI:

INFORMASI TERDAHULU/BERKAITAN:

2 ulasan:

  1. Kiss The Steel, Feel The Metal !!! \m/

    BalasPadam
  2. yang macam ini lah yg kita mahukan di Malaysia. Support /m\

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...