"Hail!! Terima kasih kepada EKSTRIM kerana sudi interview kami. Salam Mukaddimah dari Abechimaera, orang yang bertanggung jawab menjawab soalan-soalan dari EKSTRIM. Hiding Fear ditubuhkan pada petengahan/penghujung 2009, berasal dari Kuala Lipis, Pahang. Sememangnya idea penubuhan agak pelik apabila kami bertiga lepak di kedai dan berbincang tentang music dan poom! Hiding Fear dijelmakan. Hiding Fear ditubuhkan atas dasar 'sakit hati', 'kemarahan' dan 'kekecewaan' yang telah kami alami. Kebetulan, di Kuala Lipis memang tiada band metal, selain dari Al-Azazhil (Eastern Black Metal)", pembuka kata saudara Abechimaera yang merupakan vokalis dalam Hiding Fear ini.
Hiding Fear pada masa ini dilaporkan hanya mempunyai tiga orang ahli sahaja iaitu vokalis, gitaris dan pemain dram. "Line-up adalah 3 orang gila iaitu saya sebagai vokal, Amatheerasuk sebagai gitaris dan Nafirust sebagai drummer. Cuma, bassist kami akan cari sesiapa yang boleh main bass pada masa itu. Sememangnya, kami tiada bassist", jelas Abechimaera sewaktu ditanya tentang keanggotaan dalam Hiding Fear.
Gaya dan halatuju muzik Hiding Fear bolehlah didefinasikan sebagai Brutal Deathtrash Metal. Tafsiran ini diperkuatkan lagi dengan satu deskripsi oleh Abechimaera: "Kami bereksperimen dengan pelbagai genre akan tetapi, paksinya tetap Death/Thrash Metal. Kini kami sudah menemui apa kehendak kami dalam muzik di dalam bentuk genre. Ia adalah Brutal Deathrash Metal!! Kami juga menyelitkan sedikit unsur-unsur Doom Metal di dalam permainan kami kerana ia mencetuskan suatu atmosfera yang sangat menakjubkan dan bersesuaian dengan tema kami. Band seperti Slayer, Metallica, Deceased, Morbid Angel, Immolation, Revenant, Holy Terror serta dari Malaysia iaitu Braindead, Silent Death, Bazzah dan Torch merupakan inspirasi kepada kami untuk berkarya. Mereka inilah yang sedikit sebanyak mempengaruhi kami untuk mencipta lagu".
"Dalam lagu-lagu kami, sebolehnya semua lagu itu adalah 'easy and catchy' tetapi 2 atau 3 lagu itu perlu dirumitkan lagi untuk menggambarkan pemikiran kami ini. Semua lirik adalah hasil dari saya. Dari segi muzik dan susunan pula, kami bertiga akan berkumpul dan berbincang serta terus 'jamming' untuk dapatkan draf atau lakaran awal lagu kami. Bagi saya, untuk menghasilkan sesebuah lagu yang berkualiti, ia perlu diadunkan dengan sub-genre yang lain kerana jika ia 'straight out' Thrash atau Death Metal, ia menjadi agak mendatar atau bosan dan kalau kita pasang lagu tu, hanya trek pertama yang mampu menarik kita headbanging. Trek ke-2 kita dah dapat agak. Terus hilang kejutan dan nilai material tersebut"demikian jawab Abechimaera apabila disoal tentang proses penggubahan lagu serta penghasilan karya yang berkualiti.
Pada dasarnya, lirikal Hiding Fear menjurus kepada realiti manusia dan dunia serta sedikit-sebanyak imaginasi minda. Abechimaera memberikan pandangannya terhadap penulisan senikata dan penyampaian mesej dalam Hiding Fear: "Saya suka bercerita tentang kegilaan manusia, kekeliruan iman, pembunuhan bersiri, penderaan kanak-kanak serta diselitkan dengan imaginasi-imaginasi liar kami! Itu tema kami. Apa yang ditulis di dalam lirik diambil dari pembacaan saya sama ada ia fakta atau fiksyen. Ada yang dipetik secara 'direct' dari filem-filem seram, psikologi, isu-isu semasa yang tidak masuk akal. Juga imaginasi, kerana imaginasi ini sesuatu yang sangat sedap pada masa yang sama, kesannya terhadap realiti adalah sangat hodoh! Apa yang kami tulis itu adalah sesuatu yang perlu dihindari. Ianya sebagai pengajaran. Kalau seseorang tu tak pernah kena lempang, memang dia takkan takut untuk dilempang. Kalau dia tengok atau rasai sendiri 'sedapnya' pelempang itu, maka dia akan hindari pelempang tersebut. Kami ceritakan kehodohan nafsu supaya pendengar dapat kawal nafsunya daripada menjadi hodoh!".
Ini merupakan diskografi Hiding Fear:
● Demo 2010 – 2010
● Dark Pleasure of Imagination – 2010
● Tripple Plague of Terror 3 Way Split dengan Militant Attack dan Dead Shot - 2011
● Ready Disaster 3 Way Split dengan Hereafter dan Demonification (Sgp) – 2011
● Born in Darkness Compilation Vol. 1 – 2011
● Taste My Blade EP – 2012
Sebagaimana maklum, "Taste My Blade" adalah rilisan paling terkini dari Hiding Fear, dikeluarkan sekitar Julai 2012 oleh Empayar Distro Production. "Yang terkini dari Hiding Fear adalah EP Taste My Blade yang dikeluarkan oleh Empayar Distro Prod dari Raub, Pahang. EP ini mengandungi 9 track di mana 3 track ambient (intro, midtro, outro), 5 track lagu dan 1 hidden track. Dapatkanya sebelum habis! Boleh hubungi Azhar Asmunik @ Ar Azhar di FB, dan Ras Al-Ghoul di FB. Hahaha!! Kami berpuas hati dengan apa yang kami dah siapkan. Juga, ada bahagian-bahagian yang kami tidak berpuas hati akibat daripada 'experimental' yang kami jalankan untuk mendapatkan yang terbaik. Kerana masa yang suntuk, kekurangan peralatan, tapi peduli apa?! Kerana sudah menjadi resmi kami 'try n error' itu tak dapat dipisahkan! Memang hentak kepala ke dinding lah kalian semua! Saranan, sila tonton dokumentari berkenaan pembunuh bersiri dahulu sebelum mendengar EP ini (saya syorkan dokumentari Green River Killer / Gary Ridgway). Dijamin, kepuasan MAKSIMUM!", maklum Abechimaera mengenai rilisan, kandungan dan kepuasannya terhadap "Taste My Blade" EP 2012.
Bercakap tentang pentingnya persembahan live / gig kepada Hiding Fear serta pengalaman mereka beraksi dipentas, Abechimaera berkata: "Persembahan live ini pada hemat saya, tak perlulah acapkali. Penting tetap penting tetapi sekadar 1-2 kali setahun sudah memadai. Kerana, yang lebih penting adalah rilisan sesebuah band. Kalau selalu main, orang pun jemu juga asyik lagu yang sama, muka yang sama dan lagu cover yang sama. Lainlah kalau perform di luar negara, dah jadi lain ceritanya. Setakat ini hanya 4 kali persembahan yang telah Hiding Fear laksanakan. Yang paling bersejarah ialah di "Sure Pekat Kuala Lipis Open Jamming" di Kuala Lipis, tak silap saya pada tahun awal 2010. Masa tu masih fresh, masih mentah! Hanya 2 band sahaja yang metal iaitu kami dan Al-Azazhil. Hahahaha! Pak Imam pun tengok kami perform. Sebab show tu open dan dibuat di Kompleks Alamanda Kuala Lipis. Memang open. Hahahaha! Kemudian persembahan kami di KL THRASHED I pada tahun 2011, berkongsi pentas bersama Hereafter, Militant Attack, Lobotomy, Tandus dan banyak lagi. Hiding Fear adalah opening pada masa tu. Walaupun opening, band "thrash kampung dari Kuala Lipis" ini tetap bagi persembahan yang secukup rasa. Ramai juga crowd walaupun hanya sekadar opening. Mungkin mereka nak tengok "band kampung" kot? Hahaha! Persembahan ketiga kami di Dungun pada tahun 2012 kelolaan The Four Horse Man Prods (TFHM). Dan yang terkini persembahan di Raub di penghujung 2012. Tapi masa tu saya tak dapat hadir atas urusan kerja. Kiranya tak official lah hehehehe!".
EKSTRIM turut menanyakan tentang material baru dan keluaran akan datang dari Hiding Fear. "Tentang itu, kami sedang usahakan yang terbaru. Teaser juga telah kami uploadkan ke FB untuk pendengar. Kali ini ianya lebih gelap, berat dah hodoh dari sebelumnya! Tentang label tu belum tentu lagi. Belum siap lagi. Kami berharap agar dapat terus berkarya dengan aman dan mengharap karya kami diterima. Hehehe!", balas Abechimaera memberikan penjelasan. Beliau seterusnya mengakhiri diskusi dengan kata-kata penghargaan: "Saya mewakili Hiding Fear mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ekstrim Zine kerana sudi menemuramah kami dengan ramahnya! Kepada kawan-kawan dan pendengar di luar sana, jutaan terima kasih kerana terus menyokong Hiding Fear!". Turut dinyatakan hanya Hiding Fear sahajalah platform bakat metal mereka, tiada band-band projek selainnya!
KORESPONDEN: