2014-04-29

DOSA - 100 TRACKS MINI DISCOGRAPHY


Unit Noisecore/Grindcore Perlis Indera Kayangan dikenali sebagai DOSA dijadualkan tampil dengan sebuah rilisan kompilasi atau lebih tepatnya koleksi berformatkan cassette pro-tape, berjudul "100 Tracks Mini Discography". DOSA (singkatan kepada Death On Systematic Abuse) telah ditubuhkan sekitar awal 2002 dan terus berkarya sehingga hari ini dengan barisan ahlinya terdiri daripada MatJann (vokal), Maddy (gitar) dan Mack (dram).


"100 Tracks Mini Discography" merupakan rilisan secara kerjasama dua buah label iaitu ROOTS ACTIVE PRODUCTIONS, sebuah label yang bergiat cergas di Thailand serta sebuah label tempatan iaitu RAUNG RECORDS yang berpengkalan di Tronoh, Perak. 


Bakal mula dipasarkan pada Mei 2014, tape ini menghimpunkan lagu-lagu DOSA yang dipetik dari rilisan-rilisan berikut:
■ 3-way split Permanent Death / To Die / Dosa
■ 3-way split Primordial Sound / Tuco / Dosa
■ 4-way split Boiling Remains / Slaughtergrave / Akaknue / Dosa
■ 2-way split Harsh Supplement / Dosa
■ 2-way split Chaotic Sound / Dosa
■ It Is Fun To See You Die CD


INFORMASI:

2 ulasan:

  1. huh! blog metal tegar. boleh la gua dapatkan maklumat kat sini.
    terbaiek!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terimakasih bro Gayour. Lu dgn cerita2 dan lukisan magic kartun lu gua ikut sejak kecil, sejak zaman sekolah.. dan gua xleh nafi sedikit sebanyak telah menguatkan minat gua pada muzik berat, thrash dan metal.. ngamm bro.. gua tabik lu..

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...