2014-04-18

TOTAL WAR II - T-SHIRT UNTUK PEMBELI TIKET TERAWAL


NEBIULA PRODUCTION mengumumkan TIKET PRESALE berharga RM40 sahaja akan mula dijual pada 20 April 2014 dan hanya boleh diperolehi di Nebiula Heavy Metal Shop, Kompleks Campbell, Jalan Dang Wangi, Kuala Lumpur.

Kepada mereka yang terawal membeli tiket PRESALE di mana dikenali pula sebagai TIKET EARLY BIRD bakal menerima sehelai t-shirt eksklusif Total War II ini secara PERCUMA dan ianya hanya terhad kepada 50 helai sahaja (bermaksud untuk 50 pembeli pertama). Jangan lepaskan peluang istimewa ini.

TOTAL WAR II menampilkan band-band seperti DEFILED (Jepun), PSYCHOPATHY (Thailand), HUMILIATION, SIL KHANNAZ, KOFFIN KANSER, MISTIK, THE PILGRIMS dan TOOLS OF THE TRADE bakal berlangsung di Black Box, Publika Solaris Dutamas pada Ahad, 1 Jun 2014. Bayaran di pintu masuk pada hari tersebut adalah RM45.

BERKAITAN:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...