2014-04-18

NEFTARAKA - DI LANDASAN MERILIS DEMO 2014


Pendukung unholy Black Metal Ipoh, Perak - NEFTARAKA kini berada di landasan terbaik untuk merilis material terbaharu mereka berjudul "Digital Blasphemy" Demo CD 2014. Difahamkan demo ini bakal memuatkan 5 buah lagu; merangkumi 2 buah lagu baru, sebuah lagu cover (saduran), sebuah trek live dan dilengkapi sebuah intro. Pengeluarannya akan terhad kepada 100 salinan sahaja, berformatkan Pro-CDR di bawah produksi EASTERN MYTH RECORDS [Kat#: EMR011].

Sehubungan dengan pemberitahuan rilisan ini, NEFTARAKA turut memperdengarkan sebuah lagu baru mereka yang mana turut merupakan judul Demo CD tersebut. 


Menurut Xxxull selaku vokalis dan gitaris kumpulan bernuansakan kekelaman ini, lagu seperti 'Digital Blasphemy' meneruskan amalan biasa NEFTARAKA yang sentiasa mahukan muzik mereka kedengaran 'raw'. 'Digital Blasphemy' itu pula adalah luahan NEFTARAKA terhadap situasi semasa scene muzik Metal/Underground tempatan ketika ini. 

Sementara menanti realisasi "Digital Blasphemy", jangan lepaskan peluang anda menyaksikan NEFTARAKA beraksi di pentas acara BUDAK JAHAT II berlangsung di Pennylane Studio, Sunway Mentari pada 17 Mei 2014.

INFORMASI:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...