2014-04-29

THRASHIT - "NECKBANGERS" EP 2014


Fenomena Thrash Metal tempatan memperlihatkan perkembangan yang begitu sihat dan pesat sejak akhir-akhir ini! THRASHIT muncul tanpa diduga dari celahan kemeriahan fenomena tersebut dan bersama mereka berbekalkan rilisan sebuah EP berjudul "Neckbangers" yang baru sahaja dikeluarkan pada 23 April 2014 lalu.

THRASHIT sebenarnya telah bermula semenjak 3 tahun lepas lagi, ditubuhkan sekitar 2011 sebagai sebuah projek solo. Beberapa bulan kemudian ianya dibentuk sebagai sebuah band dengan gandingan pemuzik-pemuzik asal. Kini, THRASHIT terdiri daripada Jorn (vokal/gitar), Logan (dram) dan Rulz (bass/vokal). Adakalanya mereka mendapatkan bantuan Migo (gitar) untuk aksi persembahan live.


"Neckbangers" dari THRASHIT ini dikeluarkan dan dipasarkan melalui DISCO DESTROYERS MUSIC dalam format Digipak CD terhad kepada 666 salinan. EP ini mengandungi sebuah intro dan 4 buah lagu yang dirujuk sebagai mengimbau semula gaya Thrash Metal 80-an atau dengan kata lain, kembali kepada asas dan akarumbi muzik Thrash tersebut. Turut dimuatkan sebuah lagu bonus, asalnya dari single pertama band ini dirakam pada pertengahan 2012. 

Senarai penuh lagu-lagu yang dihidangkan oleh THRASHIT dalam "Neckbangers" adalah seperti berikut:
1 - Fallen War
2 - Neckbangers
3 - Son Of Bastard
4 - Thrashit (bonus)

"Neckbangers" EP finally release to the masses on 23 April 2014. Experience intro + 4 tracks killer songs with different arrangement riffing as good dose of 80’s style Thrash Metal. Simplistic riffs, pounding drums and strong roots of the Thrash era. Neckbreaking and hangover.. spread over on a Pro 3-panel Digipack CD. Hand numbered for 666 neckbangers, one time pressing only. Born in 2011 as one-man-band project, months later first original line-up added to the unit. As bonus this release includes the bands first single recorded in 2011. Imagine a mixture of Thrash, Heavy, Speed, Black and with Punk edge. A mandatory purchase for those old school Thrash fanatics looking for those that still support the old way!. Prepare for some of the best new Thrash Metal bands ever emerged from Malaysia. – Disco Destroyers Music


Penggemar Thrash Metal tempatan yang berminat untuk mendapatkan rilisan EP ini hendaklah menghubungi metalthrashit@gmail.com atau talian +601138224190. Ianya berharga RM30 (termasuk pos berdaftar) dibayar melalui pindahan bank ke akaun Maybank: 5621-0622-5978

OVERSEAS - Price: 12€ (6€ retail + 6€ registered airmail/handling). Contact: discodestroyers666@gmail.com. Buy Here: discodestroyers.bigcartel.com


INFORMASI:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...