2014-04-28

OFFICIAL MUSIC VIDEO: DOMINATOR - SIREN OF DEATH


Bermula pada pertengahan tahun 2002, DOMINATOR telah melalui pelbagai perkara sepanjang keujudan mereka; termasuklah perubahan muzik, pertukaran ahli, ketidakaftifan mahupun kegagalan. DOMINATOR dengan dominasi Melodic Death Metal mereka pernah menerbitkan sebuah Single, sebuah EP, video muzik dan beraksi di beberapa gig. Setelah melalui tempoh hibernasi sehingga akhir 2011, DOMINATOR kembali sekitar 2013 untuk menyambung kembali perjalanan karier mereka.


Pada 25 November 2013, DOMINATOR telah memuat-naik sebuah video muzik menampilkan lagu 'Siren Of Death' yang dipetik dari EP 2010 mereka berjudul "Back From The Dead". Video muzik "Siren Of Death" yang dipertontonkan (sebagaimana di atas) adalah versi penuh (10 minit 40 saat), dikongsikan di YouTube di laluan: youtu.be/n8-z1UpxzVo

DOMINATOR juga menyediakan versi pendek (8 minit 50 saat) untuk video muzik lagu yang sama, dikongsi di YouTube di laluan: youtu.be/vj1QSWvZVyo.

INFORMASI:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...