2014-04-24

MERENGGAH - DOGMA RESURRECTION (EP 2014)


MERENGGAH mendefinasikan muzikal mereka sebagai Progressive technical Death Djent Metal dan band ini diasaskan di Perlis. Terdiri daripada Mail Beruang (vokal), Syakir (gitar/vokal latar), Megat 8 (gitar kedua), Yusri (bass) dan Bau (dram), mereka telahpun merilis sebuah EP berjudul "Dogma Resurrection". 

"Dogma Resurrection" EP 2014 ini menyajikan 4 buah lagu yang dirakam di Studio Trivia, Dataran Mentari Sunway, Petaling Jaya sekitar akhir tahun 2013 lalu. 

Senarai-lagu:
01. The Lies That Make You Suffer
02. Dogma
03. Failure Redemption
04. Falling Into Insanity


Sila hubungi MERENGGAH sekiranya anda berminat untuk mendapatkan "Dogma Resurrection" EP 2014 yang diedarkan pada harga RM10 (melalui tangan) atau RM16 (melalui pos). Pelancaran EP ini bakal berlangsung dalam CAKERAWALA / MERENGGAH - DOUBLE EP LAUNCH pada 2 Mei 2014 di Studio Soundmaker, Pulau Pinang.


Dilaporkan juga MERENGGAH bakal beraksi di DUMAI DISTORTION 4 pada 31 Mei 2014 di Panggung DeKaDe Dumai (Riau, Indonesia) bersama sebuah lagi band Progressive Death Metal tempatan PREDICATE NOT DEFINED.

INFORMASI:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...