2014-04-02

KARAMAH - BERPISAH DENGAN PEMAIN DRAM


KARAMAH telah berpisah dengan pemain dram Hamza Hellbasher atas suatu sebab yang di luar jangkaan mereka. Bersama Hamza, KARAMAH pada pertengahan tahun lalu (Mei 2013) telah mengeluarkan sebuah mini album "Huraisy" yang mendapat sambutan begitu menggalakkan.

Bagi menghargai sumbangan Hamza Hellbasher, pengurusan KARAMAH mengucapkan terima kasih untuk perkhidmatan yang hebat dan berkualiti yang beliau berikan kepada kumpulan itu semenjak 2012 dan mengharapkan yang terbaik kepada Hamza bersama band utama beliau MARGYYAH.

Keputusan Hamza Hellbasher bukanlah penutup buku penceritaan KARAMAH. Pada masa ini, Wan As-Sahar dibantu oleh Fai Sall daripada DEMONIFICATION sedang giat mengusahakan bahan-bahan terbaharu untuk rilisan akan datang band tersebut.


INFORMASI:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...