2014-04-18

CENTRAL DISPOSAL - BAKAL KELUARKAN ALBUM PERTAMA


CENTRAL DISPOSAL diberitakan bakal melahirkan album sulung pertama mereka tidak lama lagi dan kini proses pengeluaran album tersebut berada di peringkat cetakan CD dan kulit album. Ia bakal memuatkan sejumlah 10 buah lagu dirakam dan diadun di HotSound Studio di bawah kendalian En. Zahid. Proses mastering pula khabarnya dilaksanakan di Amerika Syarikat.

Bagi anda yang asing dengan nama CENTRAL DISPOSAL, mereka adalah gerombolan berpandukan Thrash Metal ditubuhkan di Kelang sekitar pertengahan 2004. Terdiri daripada nama-nama besar dalam scene Metal Malaysia iaitu Jeff Disposal (vokal), A. Ihnsahn (gitar), Roi (gitar) dan Mad SD (dram), CENTRAL DISPOSAL pernah mengeluarkan sebuah promo pada September 2012.


EKSTRIM baru-baru ini diperdengarkan kepada Promo 2012 tersebut, mengandungi dua buah lagu; 'Under Attack' dan 'Holocene Extinction'. Mereka benar-benar membawakan irama Thrash yang menggila dan cenderung ke arah ala-Amerika! Permainan yang laju, mantap serta penyampaian vokal yang serasi dengan cara Bay Area Thrash! EKSTRIM yakin mereka adalah wakil Malaysia untuk band-band sebagaimana Exodus, Nuclear Assault dan Anthrax. 


Berkenaan album yang bakal diriliskan, CENTRAL DISPOSAL sedang mencari ejen-ejen penjual ataupun wakil pengedar yang berminat untuk turut sama menjayakan aktiviti distribusi album ini nanti. Bagi yang berminat, CENTRAL DISPOSAL mempunyai cadangan menarik untuk dikemukakan yang mana boleh membuahkan hasil 'menang-menang' kepada kedua-dua pihak (band dan wakil penjual). Diharap ramai pihak tampil berkerjasama dengan band ini memperluaskan pemasaran album pertama CENTRAL DISPOSAL.

Dalam Bahasa Inggeris, berikut adalah kenyataan yang dikeluarkan oleh CENTRAL DISPOSAL berkenaan pengeluaran dan pemasaran album yang dimaksudkan:

"Hi there! Just to let you guyz know that we are now in the final stage of preparing our 1st full length album. It is now in the midst of preparing for pressing and printing.

However, we are looking for potential DISTRIBUTORS who are willing or dare enough to work together as one with us for our 1st project debut. For those who are interested to involve with our distribution project, so waste no time! PM us to discuss further on the terms of appointment.

Note: 10 tracks thrashing song, recorded n mixed at HotSound Studio and was engineered by Mr. Zahid, Mastering in U.S, pro pressing with cd case format, distributor logo and name will appear at the back tray, 8 pages booklet with interesting cover artwork (hopefully everything goes well as planned) and we assure you the satisfaction of sound quality production. Special deal for distro!!! Thrashard!!!

Contact person: Jeff Disposal"

INFORMASI:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...