2014-08-04

TARANTULAH - "WAR BRUTALITY" (BRAZIL VERSION)


Diskografi TARANTULAH diperluaskan melalui pengeluaran demo kedua "War Brutality" versi Brazil oleh sebuah label dari negara tersebut, DENTE PÔDI RECORDS. Diriliskan pada 30 Julai 2014, versi berformatkan pro-CDR [Kod: DPR#0020] ini terhad kepada hanya 30 salinan sahaja.

Menurut band beraliran Moderate Metal Punk ini, rilisan ini masih mengekalkan jumlah dan senarai lagu yang sama sepertimana keluaran SISA TOXSICK PRODUCTION (Malaysia) dan EVIL PUNK RECORDS (Belarus) cuma berbeza versi audionya dan kulit hadapan yang berlainan.

Barangsiapa yang berminat untuk memiliki "War Brutality" versi Brazil ini, sila emel: joaofelipedl@hotmail.com atau facebook: João Felipe


Akan datang, TARANTULAH dijangka tampil dalam satu rilisan 3-way split bersama PENGUASA ANJING (Sabah) dan PKSGRIND (Indonesia) berjudul "3..2..1..Destroy!!" keluaran HEADHUNTER RECORDS. 

INFORMASI:

BERKAITAN:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...