Kosistensi melahirkan sebuah album penuh setiap tahun telah menjadi agenda penting dari kem HUMILIATION. Laskar bercelana celoreng ini dilaporkan bakal tampil dengan full-length 2014 berjudul "Battalion" dijadualkan rilis Oktober ini.
"Battalion" adalah album penuh kelima dalam turutan diskografi HUMILIATION, dikeluarkan oleh DEEPSEND RECORDS, label USA yang sama bertanggungjawab merilis "Turbulence From The Deep" CD 2013. Pengisiannya dikatakan HUMILIATION kembali kepada akarumbi asal muzikal berinspirasikan BOLT THROWER berbanding "Turbulence..." yang agak dipengaruhi ASPHYX.
Malaysian war mongers Humiliation have returned with their fifth album, Battalion and you should expect a beating of intense, old school death metal. While on last year's Turbulence From the Deep the band focused more on Asphyx death-doom worship to great success, Battalion eliminates all enemies with one swift brigade of aural hellfire. Once again Humilation have returned to their roots and Bolt Thrower are the beast to which you owe your sacrifice. Battalion is a vicious pounding of old school death with a production that sounds like it's pushing twenty-years old... and we mean that in the best possible way. - Deepsend Records
Pengeluaran "Battalion" CD 2014 ini cukup tepat pada masanya untuk dijadikan bekalan HUMILIATION yang akan tampil di pentas BLOODSHED FEST di Eindhoven, Belanda pada 17 Oktober 2014 seterusnya dalam rangka jelajah MILITARY FORCE TOUR 2014, 17 - 26 Oktober di benua Eropah.
Menurut DEEPSEND RECORDS, pra-pesanan / tempahan untuk mendapatkan "Battalion" telahpun dibuka! Penghantaran kepada pelanggan (yang membeli melalui pra-pesanan) akan bermula pada 9 September. Manakala tarikh rilisan rasmi adalah pada 14 Oktober 2014.
Price: USD 11 (USA) / USD16 (World)
shipping & handling costs included.
INFORMASI:
BERKAITAN:
Tiada ulasan:
Catat Ulasan