2014-07-23

TARANTULAH - "WAR BRUTALITY" (BELARUS VERSION)



Selain daripada versi tempatan (keluaran 2 Mac 2014 oleh SISA TOXSICK PRODUCTION), unit Moderate Metal Punk TARANTULAH baru-baru ini mengumumkan bahawa demo kedua mereka "War Brutality" turut tersedia versi Belarus keluaran label dari negara tersebut iaitu EVILPUNK RECORDS.

Berikut adalah kenyataan vokalis Man Rabaxx berkaitan rilisan versi Belarus ini (sebagaimana dicatat dalam blogspot TARANTULAH bertarikh 30 Jun 2014):

Demo ini akhirnya telah rilis beberapa hari yang lalu. Kami tidak menjangka demo versi ini akan rilis kerana semasa hasil demo ini di-submit kira-kira 6 bulan yang lepas label ini mengatakan beliau kekurangan bajet untuk meriliskannya namun atas semangat persahabatan pemilik label ini akhirnya meriliskan juga. Demo ini walaupun menampilkan track-track yang sama, namun ianya sedikit berbeza daripada keluaran Sisa Toxsick Production yang juga milik lineup Tarantulah. 
Diharapkan penghasilan demo ini dapat meluaskan nama Tarantulah sendiri. Bagi yang berminat untuk mendapatkan demo ini bolehlah kontek melalui email label: evil-distrex@yandex.ru

Turut diberitahu bahawa demo "War Brutality" ini juga akan diriliskan di Brazil melalui label Dente Pôdi Records sebuah label D.I.Y dari Brazil dalam kuantiti yang amat terhad. Juga menampilkan 6 track yang sama namun dalam versi yang berbeza dengan rilis sebelum ini (Sisa Toxsick dan Evilpunk Records).


INFORMASI:

BERKAITAN:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...