2014-03-04

TARANTULAH - "WAR BRUTALITY" DEMO 2014 [MALAYSIA EDITION]


Setelah diwar-warkan tentang bakal rilisnya demo kedua TARANTULAH, akhirnya "War Brutality" dikeluarkan dan mula berada di pasaran underground tempatan pada 2 Mac 2014. Demo CD ini dikeluarkan oleh SISA TOXSICK PRODUCTION, menghidangkan 6 buah lagu-lagu baru berkonsepkan Moderate Metal Punk dari TARANTULAH, disenaraikan seperti berikut:

01. War Brutality
02. Apa Erti Kita Kawan
03. Demokrasi Itu Dusta
04. Provokasi Hati Mati
05. Hellbangers (Tribute to KL Hellbangers)
06. Mati Hidup Semula

Demo CD yang dikatakan versi pasaran tempatan sahaja ini dikeluarkan terhad kepada 100 unit dan beredar pada harga RM10 (edaran tangan) / RM15 (pesanan pos). Pelekat (sticker) percuma juga akan diberi. Turut ditawarkan harga pukal (wholesale) yang istimewa kepada mana-mana ejen distribusi yang berminat untuk turut sama mengedarkan "War Brutality" ini.


Sebarang pesanan, pembelian dan pertanyaan sila hubungi vokalis TARANTULAH: Man Rabaxx.

INFORMASI:

TERDAHULU:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...