2014-08-05

SIAL - "NYAWA" EP 2014


Keberadaan SIAL dalam peta Metal Malaysia belum pun berusia setahun jagung namun band berhaluan Depressive/Ambient Black Metal ini dilihat kian aktif mengatur langkah mengembangkan sayap-sayap kreativiti mereka. Setelah baru sahaja mengetengahkan "Mati II" Demo, SIAL tampil lagi dengan rilisan EP bermuatan 7 buah lagu.

EP yang menggunapakai "Nyawa" sebagai judul ini dikeluarkan oleh sebuah label asal Jerman iaitu WINTERWOLF RECORDS dan menariknya direalisasikan dalam kemasan DVD case! Secara keseluruhan, durasi EP ini adalah 18 minit 53 saat di mana senarai lagu adalah sebagaimana berikut:

01. Busuk Hati - 3:36
02. Nyawa - 2:15
03. Iblis (Instrumental) - 2:02
04. Transilvanian Hunger (Darkthrone cover) - 3:11
05. Bunian Chemara - 0:50
06. R.I.H - 2:41
07. Bunuh Diri - 4:18


Menurut SIAL, trek ke-6 dan ke-7 dalam EP "Nyawa" ini diambil dari demo "Mati II" mereka. Berbanding demo "Mati II" yang mana banyak mengetengahkan bunyian gitar yang kasar serta pendekatan suara yang perit, EP "Nyawa" mempertaruhkan sedikit kelainan, lebih cenderung kepada genre dungeon/ambient serta muzik yang kedengaran lebih lembut dan mudah dihadam.

INFORMASI:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...