2014-08-20

SIAL - LAGU BARU & RILISAN SPLIT

Belumpun lama diperhebahkan tentang rilisan-rilisan mereka; "Mati II" Demo [CD oleh SATANICA PRODUCTIONS dan kaset oleh ROOTS ACTIVE PRODUCTION] serta "Nyawa" EP melalui WINTERWOLF RECORDS, entiti Black Metal depresif/ambien tempatan SIAL kian mengorak langkah menghasilkan karyacipta terbaharu serta diberitakan bakal tampil dalam satu rilisan split!


PRA-DENGAR LAGU BARU: SUNYI
"Sunyi". Begitulah bunyinya judul lagu baru olahan terkini SIAL ini. Menurut Nyawa (vokalis), "Sunyi" sedikit-sebanyak membawa SIAL beberapa tapak ke hadapan, memperlihatkan lagi ciri-ciri depresif, ambien serta format post-blackmetal yang mereka ingin terapkan identiti muzikal mereka.


SPLIT: KEBAHAGIAAN SELEPAS MATI
"Kebahagiaan Selepas Mati" adalah judul rilisan split menampilkan SIAL bersama sebuah band dari Indonesia iaitu NICROTEK yang turut memiliki kecenderungan muzikal yang serupa. Split CD ini akan dikeluarkan pada 1 September 2014, terhad 66 salinan oleh kolaborasi MINDLESS PRODUCTION (Indonesia) dan MTD PRODUCTION (Malaysia).

SIAL baru-baru ini juga turut terbabit dalam kompilasi THE DEATH OF ANALOG PSYCHO #2 keluaran FAITHCRAFT PRODUCTIONS.

INFORMASI:

BERKAITAN:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...