2014-08-19

ZOGHNITY - "CULT OV SATAN" T-SHIRT


Unholy Black Metal dari Tawau, Sabah bergelar ZOGHNITY telah mengumumkan t-shirt pertama keluaran mereka mengambil sempena rilisan Promo CD/Tape band sekitar April 2014 lalu. 'Cult Ov Satan' adalah lagu yang diletakkan pada trek pertama pada promo mengandungi dua buah lagu tersebut. T-shirt ini menampilkan logo rasmi terbaru ZOGHNITY manakala di bahagian belakang tertulis:

Create the empire
From hatred and lust
Against the God hymns
Until dawn is breeze

Diikuti tagline yang menjadi tunjang kemegahan band ini: TAWAU UNHOLY BLACK METAL. T-shirt ini diedarkan pada harga RM35 (edaran di tangan) atau +RM10 (poslaju ke Semenanjung) / +RM5 (Sabah & Sarawak). Pra-pesanan untuk sesiapa yang mahu mendapatkan t-shirt ini telahpun dibuka (dan akan ditutup pada 10 September 2014). Hubungi mana-mana ahli ZOGHNITY atau laman facebook band untuk menempah saiz yang diinginkan. 

HUBUNGI:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...