2014-08-19

THE DEATH OF ANALOG PSYCHO #2


Setelah dikatakan agak tertunda dari jadual pengeluaran yang disasarkan, kompilasi THE DEATH OF ANALOG PSYCHO #2 akhirnya mula dipasarkan pada 18 Ogos 2014. Siri kedua rilisan label FAITHCRAFT PRODUCTIONS ini menampilkan 17 buah band pelbagai genre, iaitu; GREY SKIES FALLEN (Usa), WARMACHINE (Malaysia), AU REVOIR (Malaysia), PANYCHIDA (Republik Czech), HERETICAL (Itali), NARAKA (Thailand), HIGH VOLTAGE (Indonesia), SIAL (Malaysia), PURGE THE ARBITRATOR (Malaysia), NEFTARAKA (Malaysia), CULTRISTIC (Malaysia), GOATLUSTING CHAOS (Malaysia), KOLBENFAUST (Malaysia), INFERNAL EXERCRATOR (Singapura), PSYCHOTIC SUFFERANCE (Malaysia) dan PURGATION (India).


Akibat kegagalan kerjasama yang pada awalnya dirancang bersama NUSANTARAJIM PRODUCTION, kaset kompilasi THE DEATH OF ANALOG PSYCHO #2 hanya dikeluarkan pada kuantiti sebanyak 150 unit sahaja! Harga seunit adalah RM16 (termasuk pos) / USD10. Pihak label menerima bayaran secara PayPal, Maybank2U dan RHB. Hubungi: faithcraftproductions@yahoo.com / Facebook: Raimi Barbarossa [pemilik label]

INFORMASI:

BERKAITAN:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...