BASEMENT RECORDS, label yang giat beroperasi di Port Dickson, Negeri Sembilan meneruskan sokongan padu mereka ke atas album kompilasi "War Fucking War" dari unit Thrash Metal Punk Kajang VAULT. Jika penghujung Julai 2014 diumumkan ulangcetak ke-3 rilisan, kali ini diperhebahkan pula pengeluaran format piringhitam 12" LP bagi ulangcetak kali ke-2. Untuk makluman, rilisan pertama adalah pada sekitar Oktober 2012.
"War Fucking War" menghimpunkan semua lagu VAULT dari rilisan "Raging Force" Demo 2006 (Final Punishment Records, Belanda) dan "Fuck Off and Die!!!" Demo 2009 (Dying Victims Productions, Jerman) serta ditambahnilai dengan perletakan dua lagu 'unreleased'; Victim of Pain dan War Fucking War yang sebenarnya dicadangkan untuk projek split 7" bersama APPÄRATUS (tidak dapat dikeluarkan kerana 2 lagu VAULT tersebut melebihi had durasi format 7").
SIDE A
01. Raging Force
02. Bastard
03. Nuclear Aggressor
04. Black Leather Cult
05. Riot Bomb
06. Victim of Pain
SIDE B
07.F.O.A.D.
08. Onslaught of Death
09. Heavy Metal Attack
10. Metal of Death
11. Vengeance
12. War Fucking War
01 - 05: "Raging Force Demo" 2006
07 - 11: "Fuck Off and Die!!!" Demo 2009
06 & 12: previously unreleased
Perkara yang menarik mengenai cetakan kedua LP "War Fucking War" ini adalah penampilan senilukis (artwork) baru yang berbeza menggantikan hiasan kulit jaket edisi asal. Segera hubungi orderbasementrecords@gmail.com untuk mendapatkan rilisan ini. [Sumber: 5 Ogos 2014]
INFORMASI:
BERKAITAN:
Tiada ulasan:
Catat Ulasan