2014-04-28

MISTIK - AIRMATA SESALAN KEMBALI MENGALIR...


Sebuah EP berjudul "Airmata Sesalan" mahakarya MISTIK di tahun 1999 yang mana kini dianggap salah-satu rilisan berstatus cult dalam persada muzik metal tempatan, khususnya Black Metal dan menjadi rujukan kebanyakan band generasi baru bakal di-dokumentasi-kan kembali di tahun 2014 ini oleh sebuah label baru, DIABOLICURST PRODUCTIONS.

Menurut DIABOLICURST PRODUCTIONS, pengeluaran semula EP ini tiada samasekali sebarang agenda untuk mengaut keuntungan tetapi atas dasar sebagai satu penghormatan kepada band MISTIK itu sendiri dan juga satu dedikasi kepada penyokong-penyokong setia band bertunjangkan irama Black Metal tersebut.


DIABOLICURST PRODUCTIONS, label berpengkalan di Pulau Pinang senegeri dengan MISTIK dilaporkan berkata: "Hampir 20 tahun perjalanan band MISTIK di dalam dunia underground. Berbagai tohmahan suka-duka yang mereka lalui serta berbagai isu yang mereka hadapi namun mereka tetap berdiri teguh sehingga hari ini. Silih ganti line-up seolah-olah perkara biasa dalam band ini namun perjuangan tetap diteruskan. Sebagai menghargai perjalanan band MISTIK, dengan rasa bangganya DIABOLICUSRT PRODUCTIONS mengabadikan Airmata Sesalan EP pertama Mistik tahun 1999 diriliskan semula tanda tabik hormat pada band ini."

Dalam satu kenyataan rasmi oleh pihak DIABOLICURST PRODUCTIONS, "Airmata Sesalan" 2014 dikeluarkan sebanyak 300 keping dalam format Digipak CD adalah di bawah lesen daripada pengeluar asal EP tersebut iaitu PSYCHIC SCREAM ENTERTAINMENT. Turut diberikan penjelasan bahawa sebarang lagu MISTIK di dalam EP "Airmata Sesalan" adalah hakcipta terpelihara PSYCHIC SCREAM ENTERTAINMENT di bawah akta undang-undang 1998.

Daripada sejumlah 300 keping CD yang bakal direalisasikan, 100 keping akan dizahirkan dalam pakej eksklusif Diehard Special Edition di mana selain daripada Digipak CD, turut disertakan T-shirt dan Pelekat (Sticker) Kereta. Manakala selebihnya 200 keping lagi adalah pakej Digipak CD semata-mata.


Berhubung pakej Diehard Special Edition yang dikatakan keluaran khas untuk pembeli terawal, DIABOLICURST PRODUCTIONS memaklumkan ianya bakal menampilkan sentuhan keramat artwork terbaharu serta sesuatu yang istimewa bakal diselitkan. Dan lagi, buat pertama kalinya dalam sejarah album MISTIK, gambar full original line-up Airmata Sesalan akan dimuatkan di dalam pakej Digipak CD Diehard Special Edition.

Nantikan kemunculannya yang penuh dengan kejutan istimewa hanya dari DIABOLICURST PRODUCTIONS. Airmata Sesalan kembali mengalir...

INFORMASI:

5 ulasan:

  1. Band tahi dr penang

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ekstrim: Mistik - Airmata Sesalan Kembali Mengalir... >>>>> Download Now

      >>>>> Download Full

      Ekstrim: Mistik - Airmata Sesalan Kembali Mengalir... >>>>> Download LINK

      >>>>> Download Now

      Ekstrim: Mistik - Airmata Sesalan Kembali Mengalir... >>>>> Download Full

      >>>>> Download LINK ZJ

      Padam
  2. kenapa cakap begitu. band ini adalah tersohor di utara. encik akey marzuki banyak idea memajukan industri metal di kawasan utara.

    BalasPadam
  3. Orang meleis mcm tu la dia pya prngai, dulu akey ni pernah lepak rmh aku kat ipoh nak support band2 ipoh ms tu (x silap tahun 95-96), bdak2 ipoh ni ramai yg kerek je, x lyn sgt akey ni (masa tu nama mistery), wpun aku kwn dgn scene ug ipoh tp aku x suka sikap deme tu, biase la...grup dorg ngetop la konon, akey ni ok je aku tgok... wa tabik akey, dtg ipoh sesolo je masa tu, aku ni POSER dlm scene bm je...wakwakwak.

    BalasPadam
  4. Ekstrim: Mistik - Airmata Sesalan Kembali Mengalir... >>>>> Download Now

    >>>>> Download Full

    Ekstrim: Mistik - Airmata Sesalan Kembali Mengalir... >>>>> Download LINK

    >>>>> Download Now

    Ekstrim: Mistik - Airmata Sesalan Kembali Mengalir... >>>>> Download Full

    >>>>> Download LINK

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...