2013-06-04

TARANTULAH - LAPORAN PERKEMBANGAN TERKINI


TARANTULAH, band yang berkonsepkan oldschool Black/Thrash/Crossover memaklumkan pemain bass mereka Rock Angel tidak lagi bersama Tarantulah namun hubungan baik antara mereka tetap diteruskan. Difahamkan Rock Angel mengambil keputusan ini kerana beliau mahu memberi penumpuan sepenuhnya kepada band beliau sendiri iaitu TRIUMPH OV FIRE, sebuah band Black Metal melodik tempatan yang ketika ini mengharungi jadual ketat menyertai siri-siri jelajah Indonesia ditambah pula dengan kesibukan proses rakaman untuk EP kedua Triumph ov Fire. Di samping itu, Rock Angel juga giat mengurus label TROOPER ART REGIME yang diusahakan bersama dengan Man Rabaxx, vokalis Tarantulah dan dalam pada itu Rock Angel turut memikul tanggungjawab menjalankan perniagaan keluarganya. 

Pihak Tarantulah amat menghormati keputusan Rock Angel. "Kami tetap bersahabat rapat dengan saudara Rock Angel, akan terus menyokong band dan label yang diusahakannya sampai bila-bila. Kami amat bangga dan berhutang budi dengan kehadirannya dalam Tarantulah. Terimakasih tiada terhingga atas bantuan selama 2 tahun untuk band kami ini", demikian kata Man Rabaxx mewakili pihakband Tarantulah. 

Ekoran daripada penarikan diri Rock Angel, Tarantulah kini bergerak sebagai band 3 pemuzik untuk proses rakaman studio; melibatkan Man Rabaxx (vokal), Rusak Minda (gitar) dan Silentt Shoutt selaku pemain dram akan memangku posisi instrumen bass. situasi mutakhir ini turut tidak menjejaskan perancangan Tarantulah yang mana dilaporkan dalam proses memilih lagu-lagu baru untuk projek-projek rilisan mereka yang akan datang, termasuklah split, demo kedua "Mati Hidup Semula" dan sebagainya. Secara ringkas, diberitakan juga bahawa demo pertama Tarantulah akan dirilis semula oleh beberapa label dan ini akan dimaklumkan lebih lanjut sedikit masa lagi. 

http://tarantulahprecious.blogspot.com
http://www.facebook.com/pages/Tarantulah-MALAYSIA/274309272596164

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...