2013-06-10

UXORIUS TYRANT - BLACK METAL ONE-MAN-BAND


EKSTRIM telah menghubungi Lord Nahtiayhs Nirrojhim, individu di sebalik projek solo UXORIUS TYRANT. Beliau juga dikatakan masih lagi bersama Al-Azazhil sebagai pemain dram dan sessionist untuk beberapa band di sekitar Kuala Lumpur. Bercerita tentang permulaan, dorongan dan matlamat penubuhan Uxorius Tyrant: “Bermula pada awal tahun 2008 di Puchong, Selangor. Ketika tu aku bersama sebuah band Eastern Black Metal dari Pahang Al-Azazhil sebagai drummer dan aku create Uxorius Tyrant ni untuk kepuasan tuntutan nafsu, haha... Ada something yang aku tak dapat dalam band-band lain yang aku pernah terlibat so aku bawa ke dalam sound dan arrangement Uxorius Tyrant. Peristiwa bersejarah?? Semestinya ketika recording sebab aku belajar macammana untuk rekod secara D.I.Y.”, maklum Lord Nahtiayhs Nirrojhim.

“Uxorius Tyrant merupakan ONE MAN BAND. Hanya Lord Nahtiayhs Nirrojhim yang ada dalam Uxorius Tyrant. Semua instrument, arrangement, recording dan mixing aku buat sendiri. Tiada sessionist untuk sesi rekoding... hanya Lord Nahtiayhs Nirrojhim..”, tegas beliau memberi kepastian akan keanggotaan Uxorius Tyrant. 


Berikut adalah penjelasan dari Lord Nahtiayhs Nirrojhim berkaitan penafsiran gaya dan halatuju muzik Uxorius Tyrant: “Aku sangat sukakan teknikal dalam melodic... dalam Uxorius Tyrant aku masukkan dua elemen tu... tapi itu mengikut pada kesesuaian arrangement... dari segi sound pula aku pilih untuk sound yang berat tapi agak clean... tidak terlalu raw... untuk genre muzik terpulang pada metalhead untuk menilai jenis muzik Uxorius Tyrant.. mungkin Melodic Black Metal mungkin War Black Metal atau Eastern Black Metal atau apa saja... yang penting Uxorius Tyrant masih berkiblatkan Black Metal...!”.  Beliau turut memberitahu bahawa band-band yang mempengaruhi muzik Uxorius Tyrant terlalu banyak dan bercampur aduk. AntaranyaWatain, Marduk, Dark Funeral, Gorgorth, old Cradle Of Filth, Acheron, Carpathian Forest, Dimmu Borgir dan seumpamanya.

EKSTRIM bertanyakan perkara-perkara yang paling diberi penekanan oleh Uxorius Tyrant dalam proses penggubahan sesebuah lagu: “Tentunya arrangement setiap lagu. Arrangement sangat penting pada setiap lagu Uxorius Tyrant... dan Lord Nahtiayhs Nirrojhim bertanggungjawab untuk create arrangement dan lirik... Untuk buat sesebuah lagu berkualiti? Macam yang aku cakap arrangement sangat penting dan ditambah dengan sound yang kaw.. maka terhasillah lagu yang berkualiti... tapi bagi aku Uxorius Tyrant tak mencapai tahap terbaik lagi... coz banyak lagi yang aku kena survive untuk jadikan lagu Uxorius Tyrant berkualiti di Malaysia apalagi untuk luar Malaysia...”, jawab beliau.

“Tiada topik atau tema tetap untuk ditulis dalam lirik Uxorius Tyrant... apa yang terlintas dalam otak akan aku abadikan sebagai lagu... dan kebanyakkan lirik adalah hasil imaginasi minda jahat aku...”, tambah Lord Nahtiayhs Nirrojhim membalas pertanyaan berkaitan penulisan dan mesej dalam lirik-lirik lagunya. 

Lord Nahtiayhs Nirrojhim turut menceritakan tentang rilisan-rilisan yang pernah dikeluarkan oleh Uxorius Tyrant. “Pada tahun 2008 Uxorius Tyrant sudahpun merilis sebuah demo “Uxorius Tyrant” dengan 4 buah lagu. 3 lagu sendiri Vociferation From Gypshophilla, Unholy Nyamphomaniac dan Enthrone In The Freezing Moon manakala Puthery Ov Al-Azazhil aku ambil lagu dari Al-Azazhil dan ubah arrangmentnya.. sudah pun Sold Out. Kemudian pada 2012, EP pertama Uxorius Tyrant “Lillith An Anti Krist” dirilis di bawah Trooper Art Regime Distro (TARD) mengandungi 6 lagu Lillith An Anti Krist, Sexxxuality Dance With Beauty Fairy, Sieg Heil, Eastern Black Metal Majesty, Reise Von Lillith dan 1 lagu cover Ave Satanas (Acheron)”.

Lord Nahtiayhs Nirrojhim seterusnya memperjelaskan lebih mendalam tentang rilisan paling terkini dari band Uxorius Tyrant: “Lillith An Anti Krist EP ini dirilis di bawah Trooper Art Regime Distro (TARD)... mengandungi 4 lagu baru antaranya Lillith An Anti Krist, Sexxxuality Dance With Beauty Fairy, Sieg Heil, Eastern Black Metal Majesty.. 1 lagu unrelease Reise Von Lillith dan 1 lagu cover Ave Satanas (Acheron). Masih lagi dikeluarkan oleh Trooper Art Regime Distro (TARD) di FB mereka http://www.facebook.com/pages/Trooper-Art-Regime-Distro/199901233385539. Dan untuk first album yang akan datang anda boleh dapatkan info di RDL Records atau ke FB Uxorius Tyrant... Dan aku sangat berpuas hati kerana ada banyak perubahan dari segi sound pada setiap material yang Uxorius Tyrant keluarkan...”.

“Aku memang idamkan untuk bawa Uxorius Tyrant ke pentas Gigs di sekitar Malaysia / luar Malaysia... tapi aku terpaksa berusaha keras untuk mencari sessionist yang sesuai untuk Uxorius Tyrant... buat masa ni aku fokuskan dulu pada kerja studio... dan ada peluang nanti Uxorius Tyrant akan ke pentas gigs!”, maklum Lord Nahtiayhs Nirrojhim apabila ditanya tentang pentingnya persembahan live / gig kepada band Uxorius Tyrant ini.

EKSTRIM difahamkan bahawa Uxorius Tyrant pada masa ini dalam persediaan untuk melahirkan album penuh pertama mereka. “Ok, sekarang album “100 Satan Act Like God” masih dalam proses lagi. Ada 6 lagu yang telah sempurna iaitu 100 Satan Act Like God, My Masster...Satan, SNA, Shyaithan Nirrojhim, Majesty Ov Hell dan Mhardhyiana. So ada 3 lagu lagi belum sempurna sifatnya. So semua ada 9 lagu dan album ini akan diriliskan oleh RDL Records”, kata Lord Nahtiayhs Nirrojhim.

Sebagai penutup kepada diskusi PROFIL bersama Uxorius Tyrant, Lord Nahtiayhs Nirrojhim menyatakan: “OK... firstly Hail and Thanks to bro PIAN (EKSTRIM) yang membuat interview ni... dan Thanks alot pada mereka-mereka yang support Uxorius Tyrant.. My Famly.. All My BLOOD Bro Reymond (RDL RECORDS), Bro Malek (As-Sahar), Syaf (Al-Azazhil), Dani dan Man (TARD) thanks for support... dan pada supporter yang dah dapatkan EP “Lillith An Anti Krist” Thanks Alot!! Wait for NEXT CHAPTER!! Hail Malaysian’s Black Metal ARMY!! Hail My BLood!! Hail Music.. Sexx... Beer...!! Hail Anti Krist!!”.

Email: lord.beersex@rocketmail.com
FB Band Page: http://www.facebook.com/pages/Uxorius-Tyrant/176941585680992
FB Band Account: http://www.facebook.com/uxoriustyrant666

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...