2013-06-19

NUCLEAR STRIKES - SINGLE & ALBUM PENUH 2013


Sebagaimana maklum, Nuclear Strikes di sekitar 2011 telah merilis sebuah EP dengan kandungan 6 buah lagu berkonsepkan Tradisional Heavy Metal, berjudul “Megastorm Eyes”. EP ini telah berjaya mencuri perhatian dan mendapat liputan meluas di serata dunia. Ekoran itu, tahun berikutnya 2012 Nuclear Strikes mendapat tawaran dan menandatangani perjanjian bersama syarikat rakaman di Eropah iaitu Defox Records dan Heart Of Steel Records (kedua-duanya berpusat di Itali). Melalui perjanjian yang dimeterai, syarikat-syarikat berkenaan telah mengambilalih penjualan digital “Megastorm Eyes”.

Masa berlalu dan Nuclear Strikes telah hampir dua tahun tanpa sebarang rilisan album baru. Atas permintaan peminat tempatan mahupun luarnegara, Nuclear Strikes bakal kembali menggegar dengan dua produk baru dalam perancangan mereka. Terdekat, mereka bakal merilis sebuah single berjudul NUCLEAR STRIKES 2.0.1.3, memuatkan dua buah lagu dalam Bahasa Melayu. Single ini dikatakan sebagai sedikit berbeza berbanding “Megastorm Eyes” di mana muzikal dalam single dua lagu ini lebih cenderung ke arah Hard Rock dan Balada. Mempertaruhkan lagu-lagu bertajuk Problema dan Dunia Cinta Dusta, Single NUCLEAR STRIKES 2.0.1.3 akan dikeluarkan oleh Madratts Production dijangka berada di pasaran sekitar Julai 2013.

Seterusnya, sebuah album penuh juga kini berada dalam perancangan Nuclear Strikes. Sebagaimana difahamkan, album ini akan kembali kepada konsep Tradisional Heavy Metal dan Hard Rock serta penggunaan Bahasa Inggeris dalam penulisan senikata dan nyanyian mereka. Album ini dijangka memuatkan 10 hingga 12 buah lagu baru dan bakal menjengah pasaran antarabangsa pada penghujung tahun 2013 nanti. Long Live Heavy Metal!!!

Suntingan Sumber:

Berita-Berita Lain:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...