2013-06-05

KRASICK 666 - MYSTIC SATAN OF KRASICK


Ditubuhkan sekitar 2002, grup berpaksikan Pagan Black Metal dikenali dengan nama KRASICK 666 baru sahaja merilis demo pertama mereka berjudul "Mystic Satan of Krasick". Band yang berlokasi di Sabah ini dianggotai oleh Suprie Teo (gitar), Blikmital-Sharthzwie (bass), Math Runggau (gitar utama), Zanth Buyut (vokal) dan Zamth Gurumon (dram). Demo ini dikeluarkan oleh DERANGEMENT PROJECT PRODUCTION.

"Sebenarnya demo ini dirancang untuk memuatkan 4 buah lagu, tetapi atas masalah recording tidak cukup masa jadi kami rakam dan ketengahkan hanya 2 lagu sahaja iaitu Mystic Satan of Krasick yang turut dipilih menjadi judul utama demo pertama kami ini serta sebuah lagi lagu bertajuk Runggau", kata Sharthzwie yang bermain bass dalam KRASICK 666.

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan Demo-CD ini sila hubungi pemilik label Mohd Shairul dengan kadar segera! "Mystic Satan of Krasick" beredar pada harga cuma RM7 sahaja! Sokong Metal buatan Malaysia!!!

http://www.facebook.com/mohd.shairul
http://www.facebook.com/pages/Derangement-Project-Production/190253394348218
http://www.facebook.com/pages/Krasick-666/137090653115827
http://shazwie.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...