2013-06-18

HANATOR - SETIA BERSAMA EASTERN DEATH METAL


“Band ini mula ditubuhkan sekitar awal tahun 2010 bertempat di Kota Kinabalu, Sabah. Faktor minat kami terhadap muzik metal inilah menjadi pendorong kami untuk mengibarkan lagi panji-panji metal. Bagi kami setiap rilisan yang kami keluarkan samada mendapat respon yang baik dan tak baik dari pendengar itulah peristiwa yang paling istimewa bagi kami. Terimakasih kepada mereka-mereka di luar sana yang telah membeli setiap stuff rilisan kami”, begitulah mula bicara saudara Mikail perihal permulaan dan matlamat HANATOR, sebuah kumpulan Death Metal dari Sabah.

Tatkala ditanya perihal kronologi keanggotaan Hanator, Mikail menjawab: “Terdapat beberapa perubahan line-up yang berlaku di dalam “family” kecil Hanator semenjak penubuhannya sejak tahun 2010 yang lalu. Pada awal penubuhan, band ini dibarisi oleh Wyntor (bass/vokal), Red Laceration (gitar pertama), Mikail (gitar kedua) dan Fazley (dram) dengan line-up ini kami sempat merakamkan dua promo awal Hanator, sehinggalah sewaktu hendak merakamkan demo pertama kami iaitu “Memories Of Dalit”.  Sebelum demo ini dirakam, Wyntor mengambil keputusan untuk menarik diri dari band ini, tinggallah kami bertiga ketika itu merakamkan demo pertama tersebut, dan Red Laceration terpaksa mengambilalih posisi bass dan aku (Mikail) menggalas tugas sebagai vokal dan gitaris dalam demo tersebut. Tahun 2012 kami mendapat seorang “family” baru, iaitu saudara “KepalaBesi”. Dia mengambilalih posisi bass yang ditinggalkan oleh Wyntor sewaktu ketika dahulu. Dengan line-up ini (Mikail - vokal & gitar, Red Laceration - gitar, KepalaBesi - bass, Fazley - dram) kami merakamkan demo kedua kami iaitu “Mistikultus”. Orang kata tiada keluarga yang ditimpa cubaan dan dugaan, begitu juga yang berlaku kepada “family” Hanator. Awal tahun 2013, Red Laceration dan KepalaBesi mengambil keputusan mengundurkan diri dari “family” kecil ini kerana ingin menumpukan sepenuh perhatian mereka terhadap kerjaya mereka. “Family” kecil Hanator sekarang cuma dibarisi oleh saya (Mikail) selaku vokal & gitar dan Fazley di posisi dram”. 


Hanator memainkan dan memperjuangkan muzik Eastern Death Metal. “Kami selesa dengan genre muzik ini. Ada yang berkata jenis muzik macam ini sudah tak berapa sesuai lagi di zaman sekarang, bagi kami semuanya terpulang kepada anda/pendengar. Pengaruh muzik kami semestinya datang dari band-band seperti Maar, Manggas, Majestic East, Sil Khannaz (old) dan Langsuyr (old)”, kata Mikail berkaitan kategori dan inspirasi muzikal bawaan band beliau ini. “Semasa dalam proses membuat lagu, semua idea-idea dari line-up band ini akan kami kumpulkan dan akan cuba dicantumkan segala part bersama dan yang  penting lagu itu tak tersasar dari genre yang kami mainkan dan cuba sampaikan, Haha!!”, tambah beliau lagi ceria dalam menceritakan proses penggubahan sesebuah lagu.

Penulisan senikata untuk lagu-lagu Hanator turut disesuaikan dengan muzik Eastern Death Metal yang digalas. “Kebanyakan lirik dalam lagu-lagu Hanator berkisarkan/menceritakan tentang alam mistik/ghaib mahupun alam kematian itu sendiri. Kebanyakan lirik yang ditulis oleh kami, diadaptasi dari karya-karya novel lama seperti Siri Bercakap Dengan Jin, Kisah 40 Hantu Kepulauan Borneo, Mistik Alam Ghaib dan lain-lain. Ada juga lirik yang diadaptasikan dari cerita-cerita orang-orang tua mengenai kepercayaan mereka, pantang-larang dan sebagainya. Sampai atau tidak apa yang kami cuba sampaikan kepada pendengar itu cuma mereka (pendengar) yang dapat menjawabnya, sebab lain orang lain citarasa tak semuanya sama. Ada yang more into lyrics, melodi lagu dan mungkin ada juga semuanya sekali” ujar Mikail menyentuh persoalan tema lirikal dan penyampaian mesej melalui lagu-lagu Hanator. 

Turut dimaklumkan bahawa hampir kesemua rilisan Hanator yang lepas dirilis dan diedarkan oleh mereka sendiri kecuali sebuah tape compilation dari dua demo terawal kami, iaitu “Memories Of Eastern Warriors” yang diriliskan oleh label Angka Kematian Production. Setakat ini, “family” kecil Hanator ini telah meriliskan Awal Akhir Hayatku (Promo 2010), Death Mona Fandi (Promo 2011), Memories Of Dalit (Demo 2011), Mistikultus (Demo 2012) dan Memories Of Eastern Warriors (Compilation Tape 2013) serta kompilasi bersama beberapa buah band Metal Malaysia.


“Rilisan yang terbaru dari kami adalah “Memories Of Eastern Warriors” yang diriliskan oleh label Angka Kematian Production pada tahun ini. Ia diriliskan dalam format tape/kaset dan ianya limited kepada 200 copy saja. Bagi mereka-mereka yang terlepas mendapatkan rilisan kami yang lepas anda boleh dapatkan tape compilation ini, kerana tape ini mengandungi lagu-lagu dari dua demo terawal kami serta 2 lagu bonus, salah satu lagu bonus yang terkandung dalam compilation tape ini adalah lagu yang tak pernah kami riliskan dan muatkan dalam mana-mana rilisan kami sebelum ini. Di ruang ini juga aku mengambil kesempatan mengucapkan ribuan terima kasih kepada “bos besar” Angka Kematian Production iaitu Mr.Hazwan kerana sudi dan berminat meriliskan tape ini. Thanx for your support!!”, kata Mikail berkenaan rilisan paling terbaharu dari Hanator. 

Mikail juga meluahkan pendapatnya terhadap rilisan-rilisan Hanator yang terdahulu. “Bercakap mengenai rilisan yang terbaik, bagi aku semuanya pun baik bagi band macam kami ini, Hahaha!! Tapi jika disuruh memilih antara rilisan yang baik, aku memilih demo pertama kami, aku puashati dengan sound yang kami dapat semasa merekod demo itu di Pandan Studio, raw sound dan lagu-lagu lebih simple daripada demo kedua kami. Haha!! Untuk info juga, drum track untuk lagu ke-4 (Mangkhat Seri Raja) dalam demo pertama itu direcord secara live oleh Red Laceration”, kata beliau. 

Dalam melihat pentingnya persembahan live atau penyertaan dalam gig, Mikail ada jawabannya: “Bagi kami sendiri bermain live itu sangat penting untuk sebuah band itu, dengan bermain live muzik yang disampaikan akan lebih dekat dengan para pendengar, pendengar juga dapat menghayati sesebuah karya dengan lebih dalam lagi. Dari persembahan live itulah para pendengar dapat menjuri samada band itu sudah cukup matang dari segi persembahan live, showmanship etc.. Jika ditanya mengenai persembahan live yang paling diingati, bagi aku, aku memilih gig “Sickening Art Chapter 4” pada tahun 2011 dahulu. Itu merupakan kali pertama  kami bermain live di atas pentas bersama band-band metal yang lain seperti Infernal Curse, Demizer, Mentally Murdered, etc. Thanx to Mr.Shairul (Derangement Project Prod) kerana sudi memanggil kami bermain di atas pentas!! Antara gig yang pernah kami sertai seperti “Return To Aggressor” (Sandakan) 2012, Blasting Beast 2011 dan beberapa lagi, sori geng aku tak berapa ingat yang lain, otak sudah buntu!!!. Haha!”.

Hanator difahamkan telah memiliki beberapa buah lagu baru serta dalam perancangan untuk merilis lagi di masa-masa akan datang. Ini penjelasan Mikail: “Mengenai material terbaru, aku pun susah nak cakap.. semuanya masih kabur-kabur, masih dalam perancangan dan tak berapa comfirm lagi, lagu-lagu sebenarnya sudah ada cuma masa untuk masuk studio untuk proses recording tu tak tahu bila. Hahaha! Mungkin hujung tahun ini dan mungkin juga awal tahun hadapan. So tunggu sajalah. Hehehe! Projek split dengan beberapa band  metal Sabah pun ada dalam perancangan tapi itulah bila nak rilis, itu tak pasti, takut kalau umum awal tapi last-last tak jadi rilis, malu juga kan, hahaha!! Apa-apa pun keep in touch for upcoming news!!”.

Untuk makluman pembaca, Mikail  juga merupakan salah seorang line-up band REPUTDEATH (Old School Death Metal), DIS-ROTTEN (D-beat Crust/Punk) dan editor kepada DIS-CARNAGE FANZINE. “REPUTDEATH dalam plan nak meriliskan 2nd demo mereka, tarikh rilis belum pasti sebab lagu-lagu belum masuk rekod lagi, Hahaha!! DIS-ROTTEN dalam proses membersihkan kembali master tape/kaset “Promo Rehearsal 2003” kami yang sudah berkulat untuk diriliskan semula dalam format cd/tape, So tunggu saja news. Hehehe!! Total Crustttt!!!! Manakala DIS-CARNAGE FANZINE baru saja meriliskan 1st isu-nya yang menampilkan interview bersama Deathevoker, Disobeyed, Desultory, Rotten Disease etc.. Kepada mereka yang berminat untuk mendapatkan fanzine ini boleh contact aku terus. Trade always welcome!! Printed zine still rulesss!!!”, ujar Mikail memberitahu serba-sedikit band dan projek-projek lain yang beliau sertai. 

“Thanx kepada kau juga sebab sudi interview band  ini, semoga segala aktiviti yang kau lakukan sentiasa sukses!! Untuk mereka-mereka yang berminat untuk mendapatkan stuff rilisan kami yang lepas-lepas boleh contact kami terus. Untuk mendapatkan Compilation Tape “Memories Of  Eastern Warriors”  boleh contact label Angka Kematian Production. Support your local underground scene!!” kata Mikail menutup perbualan bersama EKSTRIM.

Untuk sebarang pertanyaan/persahabatan hubungi Mikail di:

Dan jangan lupa singgah ke laman sesawang Hanator:

1 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...